Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Selasa hari bahasa Inggeris di Sabah — Datuk Jame Alip

0

TUARAN (Sabah, Malaysia) – Hari Selasa di Sabah telah ditetapkan sebagai Hari Bahasa Inggeris untuk Jabtan Pendidikan Negeri untuk komuniti pendidikan, umum Datuk Jame Alip.

Pengarah Pendidikan Negeri itu berkata, pada hari berikut pengurusan sekolah disaran untuk mengwujudkan suasana yang menyediakan lebih banyak peluang bagi pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.18022016 - Jame-Alip“Mereka yang bekerja di pejabat pendidikan turut terlibat dengan ketetapan ini,” katanya dan menambah, pada masa yang sama , guru bahasa Inggeris juga perlu meningkatkan kaedah pengajarannya bagi menimbulkan minat dalam kalangan pelajar dan menggalakkan mereka menggunakan bahasa Inggeris di luar kelas menerusi aktiviti ko-kurikulum dan mengadakan kempen membaca dalam bahasa Inggeris secara berterusan.

Bercakap di majlis pelancaran Program Hari Bahasa Inggeris di sini pada selesa lepas (16 Febuari 2016), Jame berkata ketetapan itu akan mengukuhkan program sedia ada di sekolah dan dalam masa yang sama menggalakkan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan pejabat pendidikan daerah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris pada setiap hari Selasa.

Katanya program itu selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Kami perlu memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi di semua sekolah kebangsaan dan menengah serta memastikan setiap murid dapat menguasai kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri komited dalam memastikan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar dan akan bekerjasama khususnya dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Kami berharap ia akan mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar serta memperbaiki pencapaian setiap murid. Ini merupakan tanggungjawab bersama untuk memupuk keyakinan menggunakan bahasa Inggeris.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah terhadap inisiatif Program Hari Bahasa Inggeris ini. Program ini bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di luar bilik darjah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun ketika melancarkan program itu.

Musa berkata walaupun bahasa lain juga ditutur secara meluas, bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar rasmi di banyak negara.

“Kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris sangat diperlukan kerana ia bahasa perniagaan dominan. Maklum balas yang diterima dari seluruh dunia menunjukkan bahawa komunikasi perniagaan merentas sempadan biasanya dikendalikan dalam bahasa Inggeris,” katanya.

 

 570 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.