Oleh: EKOK AMIN
KOPERASI Usahawan Bumiputera Sabah (kuwanis) mengajak ahli-ahlinya di seluruh Sabah supaya memperkukuhkan azam pada Tahun 2022 untuk terus bersaing dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Pengerusinya Mohd Redzun Alim berkata, Kuwanis optimis sasaran koperasi itu untuk berada ditahap selesa akan tercapai jika ahli-ahlinya komited untuk terus berjuang bagi memastikan matlamat KUWANIS sebagai entiti koperasi yang berjaya akan tercapai.
“Saya yakin dengan matlamat ini,” Katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) itu di sini pada Sabtu.
Mesyuarat itu mengumumkan perlantikan dua orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) baru, iaitu Nur Asma Moris Abdullah dan Rozi Moris.
![]()