Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

50 penduduk Kalibatang Baru Kemabong sertai KUWANIS

0

Oleh: EKOK AMIN

Mohd Redzuan (empat kiri) memberikan taklimat mengenai halatuju KUWANIS kepada penduduk Kg. Kalibatang Baru Kemabong

SERAMAI 50 penduduk Kampung Kalibatang Baru Kemabong (Tenom, Sabah) menghadiri taklimat Koperasi Usahawan Bumiputer Sabah (Kuwanis) di sini, pada Isnin.

Koperasi itu dalam satu kenyataan memberitahu, taklimat keusahawanan itu bertujuan untuk menjelaskan halatuju KUWANIS khususnya pelung-peluang perniagaan yang boleh diterokai oleh penduduk.

“Kehadiran KUWANIS ke kampung ini (Kalibatang Baru Kemabong) bertujuan mempromosi koperasi kepada penduduk,” jelas Pengerusi  itu Mohd Redzuan Alim.

Seramai 50 orang penduduk mendaftar sebagai ahli koperasi itu yang turut disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALK) pusat.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.