Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bendera UPKO Medan Harapan, Simbol Kesetiaan Rakyat Sabah

0

Oleh Rosanna deza

FERLITA

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia), 2 Sept 2025 — Wanita UPKO tampil dengan suara yang lantang, menggesa agar parti terus menggunakan bendera dan logo rasmi UPKO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagai lambang perjuangan, konsistensi, dan maruah rakyat.

Exco Wanita UPKO,  Ferlita Ubara, menegaskan bahawa bendera parti bukan sekadar kain yang berkibar, tetapi nadi perjuangan yang sudah berakar dalam sanubari rakyat Sabah.

“Bendera UPKO adalah simbol harga diri dan maruah rakyat Sabah. Ia mencerminkan keberanian kita memperjuangkan hak rakyat tanpa kompromi. Wanita UPKO melihat langkah ini sebagai tuntutan mutlak, bukan sekadar cadangan politik,” katanya.

ROSENA

Pandangan ini turut diperkukuhkan oleh suara akar umbi. Puan Rosena Kuduas dari Cawangan UPKO Pekan, Telupid menambah:

“Masyarakat akar umbi telah lama mengangkat bendera UPKO sebagai tanda perjuangan. Menggantikan atau menggunakan lambang yang tidak disukai rakyat Sabah hanya akan mengundang kerugian besar dan melemahkan semangat.”

Sementara itu, Puan Beatrice Binti Tangilan dari Kg. Malagatan Kecil, Tongod, Kuamut pula menegaskan:

“Logo UPKO bukan sekadar simbol, tetapi bukti kesungguhan dan konsistensi perjuangan parti. Ia menjadi penanda jelas bahawa UPKO sentiasa berdiri bersama rakyat, tanpa pernah berundur walau selangkah.”

Daripada pucuk pimpinan hingga ke akar umbi, dan seterusnya ke desa-desa pedalaman, suara UPKO bergema sebagai satu nada perjuangan yang padu. Kesetiaan terhadap bendera dan logo parti bukan sahaja mencerminkan konsistensi politik, tetapi juga mengangkat UPKO sebagai obor harapan rakyat Sabah menjelang PRN ke-17.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.