Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kerja kecemasan baiki kerosakan landasan keretapi sedang dibuat — Datuk Robert

kerosakan washout, mudslide dan tebing runtuh disebabkan bencana alam

0

PEMBANTU Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, kerja-kerja kecemasan untuk membaiki landasan di KM114 Rayoh, KM124 Pangi dan KM130 sedang berjalan dan mengambil masa selama dua bulan.

“Apa yang sedang kita usahakan ialah  pihak kontraktor pelaksana akan dapat membuat kerja realignment dan memindahkan landasan sementara dapat dilaksanakan dengan segera agar perkhidmatan seperti biasa dapat diadakan,” Katanya sebagai mengulals rakaman berdurasi 2.01 minit yang tular di media sosial.

Robert berkata, kerosakan washout, mudslide dan tebing runtuh di tiga lokasi tersebut disebabkan bencana banjir yang melanda daerah pedalaman pada 20 – 23 Mei lalu.

“JKNS telah menyediakan Inspection Trolley (IT) sebanyak 1 buah di Rayoh dan 1 buah di Pangi yang berfungsi untuk menggantikan perkhidmatan tren penumpang,”.

“Untuk makluman hanya IT sahaja yang boleh lalu di kawasan landasan yang rosak tersebut dari tempat asal ke KM135 sebelum menaiki DMU dari KM135 hingga ke Pekan Tenom,” Katanya.

Walaubagaimanapun tambah Robert, kapasiti penumpang IT hanya untuk 6-8 orang sahaja. IT ini juga akan sentiasa bersedia sebagai pengangkutan penduduk bagi hal-hal kecemasan selama 24 jam. Tambahan IT ke kawasan terjejas sedang diusahakan.

Robert yang merupakan Wakil Rakyat Bingkor memberitahu, IT itu beroperasi mengikut jadual perkhidmatan sediakala diantara Rayoh – Tenom pada setiap hari dengan mematuhi SOP KKM yang sedia ada.

Beliau menasihatkan penduduk  yang terlibat supaya bersabar dan memberi peluang kepada JKNS untuk memulihkan keadaan seperti biasa.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.