Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Abang Johari angkat sumpah KM Sarawak

PKR dan Amanah tidak mendapat sebarang kerusi di bumi Kenyalang

0

TAN Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak, selepas gabungan empat parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Abang Johari yang lengkap berpakaian baju Melayu hitam, mengangkat sumpah jawatannya di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini.

Turut hadir isteri Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan isteri Abang Johari, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Hadir sama menyaksikan upacara itu ialah Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Timbalan Ketua Menteri dalam barisan Kabinet sebelum ini.

Ini kali kedua Abang Johari, yang hari ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada PRN12, dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Kali pertama adalah pada 13 Januari 2017, sebagai menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Beliau mengetuai GPS, yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), untuk pertama kali bertanding pada PRN menggunakan lambang sendiri.

GPS merentap 75 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan sekaligus meletakkan parti gabungan pimpinan Abang Johari mendapat kepercayaan  rakyat bumi kenyalang itu.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah tidak mendapat sebarang kerusi sementara DAP memperolehi 2 kerusi dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) 4 kerusi. — The Borneo Digest

 835 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.