KETIKA berita ini ditulis Gabungan Parti Sarawak (GPS) kembali berkuasa selepas memenangi 48 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
Terdahulu keputusan rasmi GPS menang di enam kerusi antaranya di Balai Ringin, Beting Maro, Asajaya dan Gedong.
The Borneo Digest meramalkan GPS pimpinan Abang Johari meraih 77 kerusi, jika berjaya merampas kerusi-kerusi dominan pembangkang seperti Batu Lintang, Engkili dan Ba’kalalan.
Calon-calon batu PSB di Batu Lintang, Wong Soon Koh (penyandang sejak tahun 1991), Engkili Johnichai Rayang dan Baru Bian di Ba’kalalan.
Baru Bian di Ba’kalalan nampaknya sukar digugat, yang memerlukan GPS mencari pendekatan untuk menawan kerusi itu. – The Borneo Digest