Anwar Umum Jemaah Menteri Hari Ini
PKR, UPKO, DAP dan AMANAH dijadual dimasukkan dalam Jemaah Menteri pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
DUA timbalan perdana menteri akan dilantik dalam senarai 25 ahli Jemaah Menteri Anwar Ibrahim yang dijangka akan diumumkan esok, menurut sumber rapat.
Timbalan perdana menteri itu terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.
PKR, UPKO, DAP dan AMANAH dijadual dimasukkan dalam Jemaah Menteri pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10, Khamis lalu.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, dikatakan bakal mengisi satu daripada dua jawatan timbalan perdana menteri.