NABAWAN (Sabah, Malaysia) – Kombinasi mantap parti PKR, UPKO dan DAP Pensiangan berjaya memembusi hampir kesemua kubu kuat BN, meletakkan calon Pakatan Harapa (PH) Datuk Dr. Sangkar Rasam kini menjadi pilihan utama rakyat Pensiangan, mengenepikan calon BN Datuk Arthur Kurup yang jauh ketinggalan di belakang.
Dapatan analisa sehingga jam 9 pagi pada Selasa, kemenangan besar calon PH di Pensiangan dalam gengaman.
“Pensiangan milik Datuk Sangkar,” jelas dapatan analisa yang dibuat oleh pasukan professional yang memantau perjalanan kempen yang bermula pada 5 Novemver lalu.
Penganalisis memetik beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) Pensiangan seperti di Salong hanya dihadiri kurang 10 orang pengundi.
Majlis politik calon PH di Kg. Murni 6 Nabawan yang menjadi kubu kuat BN selama lima penggal pada Ahad, dihadiriribuan pengundi yang mengalihkan sokongan kepada Datuk Sangkar Rasam.
“Pengundi Dusun dan Murut di Pensiangan bersatu menyokong calon PH di Pensiangan,” umum penganalisis itu, dan menambah sokongan pengundi Dusun dan Murut yang begitu padu sesuatu yang luar biasa.
“Tahniah kepada UPKO dan DAP yang telah mengoptimumkan sokongan padu kepada PKR untuk memastikan kemenangan besar calon PH di Pensiangan,” jelas penganalisis itu dan menambah, pengundi DUsun dan Murut Pensiangan sedang meniti kebangkitan yang luar biasa.
“Kebangkitan seperti ini tidak berlaku pada sebelum ini .. ia satu sejarah besar dan sepastinya kerana mereka sangat yakin dengan kebolehan dan pemimpinan Datuk Sangkar Rasam,” rumus analisa itu.
Ketika berita ini ditulis, calon PH dalam perjalanan ke Salong Pensiangan untuk menemui ribuan penyokong pengundi suku kaum Murut di situ.
Datuk Dr. Sangkar Rasam YB Baharu P182 Pensiangan.