KELAPA atau nama saintifiknya cocos nucifera juga dikenali sebagai nyiur merupakan salah satu tumbuhan pelbagai guna yang cukup terkenal seantero nusantara.
Dikalangan KadazanDusun dan Murut (KDM) kelapa dikenali sebagai piasau yang menyimpan seribu satu macam khasiat, yang antaranya asas kepada pelbagai menu-menu masakan warga dunia.
Asal-usul kelapa masih menjadi tanda dikalangan pengkaji, namun kajian-kajian tidak rasmi mengatakan ianya berasal dari semenanjung Asia Tenggara manakala tidak kurang yang mendakwa berasal dari barat laut Amerika Selatan.
Seketika dahulu terbit penemuan arkeologi mengenai rekod fosil ditemui di New Zealand yang menunjukkan pokok kecil serupa kelapa tumbuh di negara tersebut sejak 15 juta tahun yang dahulu.
Penemuan fosil di Rajasthan, India pula membuktikan bahawa kelapa telah terlebih dahulu pernah tumbuh di negara tersebut iaitu lebih lama dari New Zealand.
Kelapa juga direkodkan subur di Kepulauan Hawai namun keberadaannya kelapa di situ dijelaskan dibangunkan atau ditanam oleh orang Polinesia yang membawanya belayar dari tanah asal mereka di Pasifik Selatan.
Kelapa begitu sinonim dengan menu masakan, namun amat sedikit yang mengetahui bahawa kelapa menyimpan rashia tersorok khususnya melalui air tandan yang dikenali dikalangan masyarakat KDM sebagai BAHAR.
Bahar yang dihasilkan melalui catuan air tandan kelapa diakui sebagai tonik kesihatan mujarab untuk pelbagai penyakit, dengan merujuk kandungan bahar yang kaya dengan sumber amino dan polifenol yang diakui efektif untuk menstabilkan peredaran darah.
Bahar juga diakuikaya kaya dengan vitamin B dan C, serta mineral yang diperlukan untuk fungsi antioksidan dan penyingkiran radikal bebas. Bahar mengaktifkan rembesan jus gastrik, menyokong flora usus, sehingga membantu membuang toksin dari badan.
Bahar menyimpan sumber semula jadi yang kaya dengan bioflavonoid, termasuk quercetin. Flavonoid adalah bahan aktif yang berfungsi melawan tumor usus besar, otak, leukemia, barah perut, prostat, ovary serviks dan payudara.
Jus bahar sangat baik untuk kesihatan, namun pengambilan tanpa peraturan memberi kesan yang buruk khususnya mereka yang menjadikan jus itu sebagai minuman santai.
Bahar boleh memabukkan seperti minuman beralkohol yang lain.
Di Sabah, daerah Kota Belud, Kiulu dan Tuaran antara pengeluar bahar berkualiti yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak berabad lamanya.