Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bakal pengantin rakam gambar praperkahwinan depan timbunan sampah

Mahu cetus kesedaran jaga alam sekitar

0

NANTOU: Sepasang bakal pengantin Taiwan membuat keputusan di luar jangka apabila memilih tapak pelupusan sampah untuk merakam gambar praperkahwinan mereka.

Hal ini kerana, bakal pengantin perempuan, Iris Hsueh merupakan seorang aktivis Greenpeace.

Pasangan itu merancang mengadakan majlis perkahwinan ‘mesra alam’ pada januari depan dan meminta para tetamu membawa bekas untuk mengisi makanan yang mereka tidak habiskan.

Pasangan itu sanggup menempuh perjalanan selama tiga jam untuk merakam gambar di pekan Puli, Nantou di depan timbunan sampah yang masih tidak dilupuskan sejak beberapa tahun lalu.

Jumlah sampah yang dibuang di pekan itu dilaporkan semakin meingkat dengan 50 tan sehari.

“Jumlah populasi kita semakin menurun, tapi jumlah sampah pula semakin naik,” kata kru sanitasi Puli, Chen Chun Hung.

Dalam pada itu, Iris memberitahu, dia berharap para tetamu boleh mengikut konsep yang ditetapkannya.

Katanya, kesedaran mengenai menjaga alam sekitar perlu sentiasa diwar-warkan demi mewujudkan keadaan bersih serta selamat. – AFP

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.