Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Biden desak Israel henti serang Gaza, tumpu pembebasan tebusan

0

WASHINGTON: Presiden Joe Biden menggesa Israel menangguhkan beberapa serangan ke atas Gaza dalam usaha mendapatkan pembebasan lebih banyak tawanan.

Gesaan berkenaan dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) itu susulan tindakan pasukan Hamas membebaskan dua tebusan wanita warga AS pada Jumaat.

Tindakan pembebasan itu disifatkan oleh Hamas sebagai respon terhadap kerjasama orang tengah yang terdiri daripada wakil dari negara Mesir, Qatar yang dianggap ‘mesra Hamas.’

Kenyataan Biden untuk meminta penangguhan serangan itu berdasarkan laporan Bloomberg yang menyatakan Biden dan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) sedang memujuk Israel untuk tidak memasuki Gaza, bagi membolehkan rundingan pembebasan tebusan yang lebih banyak di kawasan itu dijalankan.

Lapor Bloomberg, Israel juga bersetuju terhadap tekanan AS untuk menghentikan serangan seketika.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak selari dengan tindakan Israel yang masih meneruskan kempen pengeboman ke atas Semenanjung Gaza termasuk ancaman mengebom hospital Al-Quds yang menempatkan 12,000 warga palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.