Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gadis Tenom tawan Gunung Everest

0

PAPARAN hari ini ialah mengenai keazaman seorang gadis untuk menakluki gunung tertinggi di dunia – Everest yang mempunyai ketinggian 8,848 meter (29,029 kaki). Everest juga disebut sebagai Qomolangma / Chomolungma dalam Bahasa Tibet yang molina andom-5bermakna ‘Mother of the universe’ atau juga ‘ Goddes Mother of the Snow’. ia juga disebut sebagai ‘Head of the sky’. Induk banjaran gunung ini ialah Mahalangur, Himal, Himalaya dengan koordinat 27-59’17 N / 86 55’31’E. Manusia pertama yang menawan gunung yang terletak di Nepal, Tibet itu ialah Edmund Hillary. Menurut rekod sejarah, hanya segelintir manusia yang boleh menawan raja gunung itu dan mereka adalah dikalangan yang memiliki keazaman luar biasa. Apabila sebut Everest, ia sangat sinonim dengan warga Eropah; hanya mereka yang mampu memanjat gunung itu – menurut tanggapan biasa.  Hari ini andaian itu dipadam oleh orang asia, apabila seorang wanita bernama Molina Sc Andom berjaya memijakkan kaki ke Base Camp dalam missi menakluki gunung tertinggi di dunia itu. Menarik di sini ialah Molina satu-satunya dari kawasan pedalaman (Tenom), dalam kumpulan pendakian yang penuh bersejarah itu,molina andom-3 sekaligus orang Murut pertama  menjejakkan kaki di bumi Sagarmatha atau ‘ dahi langit’ Tibet itu. Pada 10 April lalu Molina menghantar gambar berlatarbelakangkan Ama Dablam. Borneo Digest sangat berbangga dengan pencapaian gadis ini dan semoga missi penaklukan yang dijangka diadakan pada tahun hadapan itu benar-benar menjadi reliti di Sagarmatha.  — Oleh: DG HENRY DAN ROSANNA EDEZA.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.