MELBOURNE: Kes perbicaraan mengenai seorang wanita yang memotong kemaluan teman lelakinya akan bersambung 29 Ogos depan di Mahkamah Majistret Melbourne.
Wanita berusia 44 tahun itu didakwa menikam mangsa, 59, serta rakannya sehingga mati, 5 Mei lalu.
Pihak berkuasa dilaporkan menemukan dua lelaki dengan kesan tikaman di pangsapuri Brunswick.
Teman lelaki suspek maut ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala rakannya mati di tempat kejadian.
Suspek berjaya diberkas hari sama di Carlton semasa menaiki tren dan dibawa ke hospital akibat mengalami pendarahan dengan kesan luka di lengannya.
Selepas keluar dari hospital, wanita itu disiasat oleh pihak polis dan berhadapan dua pertuduhan membunuh.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut dan motif pembunuhan belum diketahui.-AGENSI