Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

TABS akan sertai liga suparimau dan piala Borneo bulan depan

0

OLeh DG HENRY

Sebahagian pelatih-pelatih mendengar penerangan ketua jurulatih, Matasan Ahmad sebelum memulakan sesi latihan

TABS SAFA Bandaraya mengesahkan akan mengambil bahagian dalam Liga Suparimau dan Piala Borneo yang akan diadakan di Kota Kinabalu bulan hadapan.

Timbalan Pengerusinya, Lokman Sunggim berkata, unit kejurulatihan TABS sedang menyediakan pasukan untuk bertanding dalam kedua-dua kejohanan tersebut.

Katanya, bagi Liga Suparimau anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), TABS akan menyertai semua kategori umur B6, B8, B10, B12, B14 dan B16 untuk pasukan lelaki dan empat kategori B10, B12, B14 dan B16 bagi pasukan perempuan.

“Jurulatih kami sedang melakukan pemilihan pemain bagi menganggotai setiap pasukan tersebut dan kemudian akan menjalani latihan sebagai persiapan untuk menghadapi liga berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau sesi latihan TABS yang disambung semula mulai hari ini selepas berehat seketika pada bulan ramadan dan cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, selain Liga Suparimau, TABS akan membuat persiapan menghadapi Kejohanan Piala Borneo yang juga dijadual diadakan bulan hadapan.

“Kita telah menerima jemputan pihak penganjur, Scott Ollerenshaw bagi menyertai Piala Borneo.”

“Kita sedang menyediakan beberapa pasukan membabitkan kategori umur yang dipertandingkan dalam kejohanan berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa TABS memang sentiasa menyertai kejohanan itu sebelum ini.

Lokman yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata, Piala Borneo adalah platform terbaik untuk memberi pendedahan pemain-emain remaja kerana ia membabitkan penyertaan pasukan-pasukan dari luar negara.

Katanya, TABS akan memberi fokus untuk menghadapi kejohanan tersebut memandangkan penyertaan pasukan luar negara menjadikan Piala Borneo lebih kompetitif serta mencabar.

Sementara itu, tambahnya, TABS juga akan menghantar dua pasukan untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak B10 sempena Hari Akar Umbi Sabah FC (Sabah FC Grassroots Day) di Stadium Likas pada 29 Mei ini.

 

 31 total views,  9 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.