Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

BN beri kesamarataan kepada rakyat – Kurup

0

PAGALUNGAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata tumpuan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ialah memberi kesamarataan pembangunan kepada semua lapisan rakyat di negara ini.
IMG-20171218-WA0152 Katanya  kesamarataan pembangunan sangat penting bagi memastikan rakyat di negara ini meraih kehidupan yang seimbang.

Kurup bersama penduduk Binanding
Kurup bersama penduduk Binanding C Pagalungan

“Sebab itu saya mahu rakyat yang berada di Pagalungan khususnya, di Kampung Binanding, supaya bersatu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN bagi memastikan pembangunan berterusan di sini,”katanya ketika berucap merasmikan Rumah Panjang Kampung Binanding C di sini baru-baru ini.
Rumah panjang Binanding C yang mempunyai 12 pintu dan berkapasiti 90 orang itu dibina dengan kos  RM200,000.
Kampung Binanding terletak di antara Salong – Pensiangan yang hanya dapat diakses menggunakan pengangkutan bot melalui Sungai Pensiangan.
Kurup berkata pembinaan rumah panjang itu membuktikan keperihatinan kerajaan BN yang dipimpin  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keperluan rakyat yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh pembangkang khususnya parti DAP.
Kurup yang juga Anggota Parlimen Pensiangan menasihatkan rakyat di kawasan pedalaman itu agar tidak mudah terpengaruh dengan aliran politik pembangkang khususnya DAP yang sering kali menabur fitnah bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
“Perlu saya jelaskan di sini bahawa tidak ada satu pun pembangunan yang diberikan oleh pembangkang di sini,”katanya.
Katanya pemimpin pembangkang hanya pandai bercakap dan menjanjikan sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.
“Mereka (pembangkang) menjanjikan sesuatu yang boleh mengkhayalkan rakyat, mereka mempengaruhi rakyat ke jalan salah… mereka memusnahkan masa depan rakyat dengan khayalan-khayalan yang melalaikan,”katanya.
Di majlis itu, Kurup yang merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah turut menerima 50 anggota baharu daripada kalangan penghuni rumah panjang berkenaan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.