Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bola sepak masa kini adalah sains – Khairy

Era 60an beraksi di padang main bangkur (rembat kaki lawan), kini Teknik sains

0

Oleh ROSANNA EDEZA

SOOK (Sabah, Malaysia): Industri suka bola sepak semakin berkembang maju, tidak menyakitkan tetapi menyoronokkan, tekan Ketua Upko ClC sook Mohd Khairy Abdullah @ Henry.

“Bola sepak perlu menjadi sukan yang menyatukan,” Katanya dan menambah kini industry sukan bola sepak adalah sains.

“Tidak perlu memangkur (rembat kaki lawan) .. tidak perlu memerah tenaga dan bersandarkan ‘azimat’ atau  kepercayaan tenaga luar seperti era 60an … tidak perlu membangkur (merembat kaki lawan) dan tidak perlu lagi guris padang (pagar padang dengan sihir) seperti kepercayaan era 60an, kerana sukan bola sepak kini adalah sains,”.

“Beraksi bola di padang pada masa kini memerlukan kreativiti kepintaran berdasarkan elemen sains sukan,” Katanya Ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Pemuda Upko Sook dan Veteran Sook pada Sabtu.

Enam pasukan berjaya masuk ke pusingan akhir menyaksikan Veteran Nabawan bergaya pulang dengan hadiah tropi masing-masing.

Khairy memuji kolabrasi Pemuda Upko Sook Bersama Veteran Bolasepak Sook yang berjaya menghimpunkan bekas-bekas pemain bola sepak veteran dalam satu anjuran yang  sangat berjaya.

Beliau mencadangkan agar aktiviti itu diteruskan dan sebaiknya dimasukkan dalam takwin aktiviti Pergerakan Pemuda Upko Sook yang dianjurkan pada tahun.

Karnival itu dilangsung di padang bola sepak Kg. Delayan Baru yang  turut dihadiri oleh pimpinan UPKO Sook serta penduduk setempat.

Ketika ditemui di luar majlis, Khairy berkata, senseviti perlu ada dikalangan semua pihak untuk menyokongapa juga aktiviti yang memberi inpak yang baik kepada komuniti setempat.

“Perpaduan adalah elemen penting untuk menjadikan masyarakat maju dan progresif,” Katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.