HANTARAN Marie Yem Kp pada 15 April melalui akaun Facebook mengenai isu air dan sungai tercemar di Kampung Kuala Puntih Keningau mengambit perhatian untuk dibincang.
Marie dalam hantarannya menyebut bahawa ‘Orang kampung yang dalam kemiskinan hanya mendapat kumbahan hitam yang mengalir terus untuk meneruskan kehidupan orang kaya’.
Marie juga merayu kepada agensi penguatkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, Jabatan Air, SPRM, Wakil Rakyat N. 37 (Datuk Elron Angin) dan Wakil Rakyat Parlimen Pensiangan (Arthur Joseph Kurup) membantu mereka untuk menangani masalah yang sedang mereka hadapi.
Penutup hantaran itu, Marie menulis beberapa ayat yang berbunyi;
#tolongbantukami
#semuadalam kebingungn
#siasatpuncadarimana
Apakah kami terus diam dan menunggu..??
Isu bekalan air bersih di sekitaran Mukim Dalit bermula sejak era kerajaan Berjaya, atau lebih tepat apabila disebut bahawa rungutan mengenai kemelut itu telah bermula ketika Allahyaraham Tan Sri Sufian Koroh mewakili rakyat disitu.
Kemudian masalah itu berterusan sehingga kepada era kerajaan PBS (Tan Sri Joseph Kurup) dan sehingga kini.
Bukan penduduk Kampung Kuala Puntih sahaja yang merungut mengenai masalah bekalan air bersih, malah sekitaran Mukim Dalit hatta kepada pemilik-pemilik ladang disekitaran.
Untuk rujukan, Sungai Sook tidak pernah jernih dengan sepenuhnya sejak sebelum merdeka dan situasinya bertambah parah apabila sebahagian besar tanah dalam kawasan Mukim Dalit diteroka dan dibangunkan untuk pelbagai aktiviti pertanian yang melibatkan bukan sahaja dikalangan pengusaha besar tetapi juga dikalangan penduduk disekitaran.
Ini bermakna kotoran yang mengalir ke sungai-sungai di sekitaran dihasilkan bersama oleh semua penduduk yang terlibat dalam pelbagai aktiviti pembangunan kebun, ladang dan sebagainya.
Kumbahan dari kebun, kampung, ladang, tandas serta pelbagai versi sisa kimia yang dihasilkan bersama oleh semua pihak berakhir di sungai.
Adalah tidak tepat dan salah apabila Marie menyebut bahawa ‘Orang Kaya’ sebagai pihak yang menjadikan sungai di situ tercemar, pada ketika kesederan semua pihak mengenai pentingnya penjagaan sumber air air masih ditahap lemah.
Contohnya, masih ada pekebun yang menjadikan sungai untuk menyuci tangki racun, masih ada pihak yang menjadikan sungai sebagai tandas, masih ada pihak yang menjadikan sungai sebagai ‘Car Wash’ serta pelbagai aktiviti yang tidak disedari turut menyumbang kepada kekotoran sungai.
Terdapat juga pihak yang berlagak sebagai ‘hero kampung’ dan sanggup membelanjakan wang untuk mengupah Wartawan bagi menyiarkan berita yang faktanya tidak lengkap dan hanya memetik situasi tertentu sebagai bahan untuk mendapatkan perhatian.
Semua ini tidak tepat dalam konteks isu sungai dan bekalan air bersih di kawasan Mukim Dalit.
Pembalakan yang tidak terancang sejak era kerajaan Berjaya, PBS dan BN yang didalangi oleh penduduk kampung turut penyumbang kepada kerosakan lanskap beribu punca air di kawasan pedalaman khususnya Sook dan Mukim Dalit.
Wajar orang kaya dipersalahkan? Siapa orang kaya itu?
Terbaru kebanyakan pengusaha besar di Mukim Dalit terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membina ampangan buatan bagi tujuan catuan air bagi kegunaan kilang yang turut memberi menafaat kepada penduduk sekitaran, walhal infrastruktur itu sepatutnya adalah tanggungjawab kerajaan.
Banjir yang berlaku pada baru-baru ini yang mengakibatkan beberapa sungai kabut (keruh) disebabkan hujan. Wajarkah penduduk menuding jari untuk mempersalahkan bencana yang diturunkan oleh Tuhan yang Mahakuasa?
Kerajaan baharu negeri Sabah perlu memandang serius mengenai masalah tersebut dan melakukan tindakan drastic bagi memastikan semua rakyat di negeri ini memperolehi bekalan air bersih yang bukan sahaja untuk keterusan hidup penduduk tetapi juga infrastruktur kepada pengusaha-pengusaha pekebun dan peladang di situ.