Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Dua lagi mayat pendaki ditemukan di Gunung Marapi

0

AGAM: Pasukan penyelamat menemukan dua lagi mayat berhampiran Gunung Marapi yang meletus Ahad lalu, menjadikan jumlah kematian mencecah 13 orang.

Pencarian 10 pendaki lain di Gunung Marapi disambung semula hari ini selepas dihentikan sementara akibat isu keselamatan.

“Pasukan penyelamat mengambil kesempatan daripada keadaan yang sedikit tenang untuk segera mencari 10 lagi mangsa yang hilang. Kami berlumba dengan masa.

“Kedua-dua mayat yang dibawa turun hari ini ditemui di lokasi berasingan,” kata anggota penyelamat, Syahlul Munal kepada BBC News Indonesia.

Gunung Marapi masih meletus ketika ratusan penyelamat memanjat kawasan licin untuk mencari mangsa yang hilang.

Gunung berapi itu memuntahkan abu setinggi 3 kilometer ke udara, menyelubungi perkampungan sekitar dengan asap tebal.

Terdapat 75 pendaki di kawasan itu semasa letusan berlaku, kebanyakan dipindahkan dan menerima rawatan akibat melecur.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.