Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

UPKO kuasa politik Sabah selepas PRN 17

0
Ewon bersama dengan pimpinan Upko dan mantan pejuang-pejuang parti, berkumpul dan bersatu dalam Upko Alumni

Oleh DG HENRY (Menulis dari Sook, Pensiangan)

UPKO bersatu semula, keyakinan itu menjadi tajuk bualan dikalangan pemerhati politik, hatta peramal dan penganalisa politik turut optimis bahawa Pertubuhan Kinabalu Progresif pimpinan Datuk Ewon Benedick itu bakal menjadi kuasa besar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berbaki kurang daripada 24 bulan daripada tarikh berita ini ditulis.

Ewon memotong kek sebagai simbolik pelancaran Upko Alumni sambil disaksikan oleh pimpinan parti pusat dan mantan pejuang-pejuang Upko yang hadir

Nabalu News, sebuah portal atas talian lewat petang pada Rabu memetik satu majlis Pra-Krismas  Alumni UPKO yang julung kali diadakan berjaya menghimpunkan sebahagian besar pengasas dan pejuang parti itu d Amore Puru Putaton pada Rabu.

Antaranya mantan Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, mantan Ahli Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh, mantan Ahli Dewan Negara Datuk Christine Vanhouten mantan ADUN Labuk Datuk Tan Yong Gee, mantan ADUN Petagas Datuk James Ligunjang, mantan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Douglas Primus serta mantan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UPKO Petrus Guriting, Lightson Kohiya, Monih Epin, Muji Ampau dan Cheong Kwee Min.

Presiden Upko Datuk Ewon Benedick memberitahu dalam ucapan aluannya dipetik sebagai berkata, “sebaik sahaja saya mengambil-alih teraju sebagai Presiden UPKO, saya  membuka pintu kepada mantan pemimpin dan ahli parti untuk kembali menyertai parti atau membantu dalam agenda pembangunan negara”.

“Pada saya, kehadiran mantan Timbalan Presiden juga sebahagian  pengasas UPKO Datuk Wilfred Bumburing dan pemimpin-pemimpin terdahulu bukan lagi alumni, sebaliknya kita sudah kembali bersama-sama dalam keluarga besar parti UPKO. Saya akan terus dipandu oleh pemimpin-pemimpin terdahulu UPKO untuk memperkukuh dan memperkasakan lagi parti ini,” tambahnya.

Datuk Wilfred Bumburing bersama mengasaskan Upko daripada tahun 1994 hingga 2012, dalam ucapannya melihat potensi Upko dibawah taraju Ewon dan memberitahu, “UPKO is in good hand, we are redy o help Ewon’.

Bumburing menyuarakan keyakinan bahawa Upko berada dilandasan yang sangat baik dibawah kepimpinan Ewon.

“Kita mahu rakyat kita bersatu semula, dan kita harap kita mencari titik persamaan untuk merealisasikan misi murni ini,” Katanya sambil meluahkan kebimbangan, “Jika kita tidak berhati-hati, kita mungkin mempungai ketua menteri Sabah yang berketurunan pendatang tanpa izin (PATI),”.

Beliau memberi pendekatan bahawa kerisauan itu boleh didelete dengan mudah  jika rakyat Sabah bersedia untuk bersatu.

Pengakuan ikhlas Bumburing itu satu suntikan besar kepada rakyat Sabah khususnya bangsa Kadazandusun dan Murut (KDM) untuk mengilap semula aura TATABA yang semakin pudar.

Sudah tentu pengasas dan mantan Presiden Upko Tan Sri Benard G. Dompok, Presiden Datuk Ewon Benedick, Presiden Kehormat  Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Tan Sri Wences Anggang  sangat berlapang dada dengan perkembangan terkini ini yang menyaksikan cita-cita dan harapan pemimpin ini untuk melihat Upko sebagai sebuah institusi politik yang perkasa di negara ini menjadi realiti.

Kembalinya mantan pejuang-pejuang ini ke panguan Upko melalui dasar ‘pintu terbuka’ yang dicetuskan oleh Ewon sebaik mengambil alih teraju Upko pada awal Januari 2023 merupakan password pintu masuk Istana sebaik PRN-17 selesai.

Keputusan Upko untuk menyertai keluarga Pakatan Harapan (PH) pada Ogos 2021 yang pada awalnya dilihat oleh seteru politik sebagai kurang bijak pada ketika percturan politik Kuala Lumpur sangat meruncing ternyata membuka ‘kata laluan’ Upko ke Putrajaya. Inilah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Upko.

Kata laluan pertama berjaya dibuka, dan kini tiba masa untuk pejuang-pejuang Upko untuk berganding tangan untuk membuka ‘password’ ke Istana Negeri, dan kita yakin misi ini mampu dilakukan dengan mudah jika rakyat bersedia bersama dalam perjuangan Upko.

Jika tidak, nasib kita hanya sebagai pemerhati kepada kemajuan pihak lain, atau seperti nasib seekor anjing yang akhirnya kecundang selepas kecewa menyalak gunung.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.