Oleh DG HENRY
TIMBALAN Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan menzahirkan harapan supaya tahun baharu 2022 peluang yang terbaik kepada seluruh rakyat di daerah Keningau untuk terus maju dalam pelbagai bidang.
“Mudah-mudahan tahun harimau ini akan membawakan tuah dan rezeki pembangunan yang lebih pesat untuk kita semua,”.
“Kong Xi Fa Cai .. onsoi Keningau,” Katanya kepada The Borneo Digest ketika ditemui selepas Majlis Menyalakan Lampu Tanglung Keningau di sini, pada Sabtu.
Majlis yang dilangsungkan di dataran ‘Sabah Maju Jaya’ turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin, Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, kesemua Ketua – ketua Masyarakat Cina Keningau (Kapitan Anthony Chong, Fung Chun Shiung, Frankie Fong, Liew Tze Soon, Jack Chen dan Cleyrance Lee).
Pemimpin-pemimpin persatuan Tionghua turut bersama di majlis itu yang terdiri daripada Pang Shu Khin, Pengerusi Persatuan Hakka Keningau, Chew Ah Kau, Persatuan Hokkian Keningau / Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Keningau, Peter Ma, Pengerusi Sze Yi Keningau, Tan See Boo, Pengerusi Hainan Keningau, Thien Fook Kiaw, Pengerusi Lung Chun Keningau, Frankie Fong, Pengerusi Wu Yi Keningau dan Ang Lui Ming, Pengerusi Teo Chew Pedalaman Keningau.
Majlis yang julung kali diadakan itu dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Keningau, Pejabat Parlimen Keningau dan Persatuan Masyarakt Cina Keningau.
Terdahulu Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson dalam amanat ringkas selepas perasmian majlis itu mengajak seluruh masyarakat di daerah Keningau agar berganding tangan untuk bersama membangun.
“Kita tunjukkan masyarakat di Keningau bahawa kita sama-sama membangun,” Katanya.