EKSKLUSIF
NABAWAN (Sabah, Malaysia) – “Urus kawasan kamu sendiri, jangan kacau urusan kami di sini (Tatalaan II),” itulah luahan dan permintaan Benefisiari (peserta) projek Geran Komunal Tatalaan II yang mahu pihak tertentu supaya berhenti daripada menganggu perlaksanaan pembangunan di kawasan itu.
Projek pembersihan dan pembangunan kawasan Geran Komunal Tatalaan II seluas 3,530 hakter melibatkan seramai 813 peserta daripada 475 isi rumah daripada 11 buah kampung di Mukim Tatalaan Nabawan.

Kerja-kerja pembersihan dan pembangunan kawasan itu terganggu seketika ekoran campurtangan pihak tertentu yang mengheret program pembasmian kemiskinan kerajaan itu dikaitakan dengan kemelut kepentingan pihak tertentu, apa yang penduduk sifatkan sebagai tidak ada kaitan langsung dengan Tatalaan II, tidak bertanggungjawab serta berniat jahat.
Pada Khamis (19 Feb 2020) Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Mashor Mohd Jaini mengumumkan bahawa kerajaan telah melantik sebuah syarikat, Brilliant Junction Sendirian Berhad sebagai pemaju yang sah bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembangunan Geran Komunal Tatalaan II Nabawan berdasarkan kehendak dan pilihan penduduk.

“Kami (penduduk) Mukim Tatalaan II menyokong penuh projek ini .. kami tidak ada masalah dengan pemaju (Syarikat Brilliant Junction),” tegas Timbalan Ketua Penyelaras Kawasan Pembersihan dan Pembangunan Geran Komunal II Lunah Langkatong.
Rata-rata penduduk yang ditemui menjelaskan bahawa sepatutnya tidak ada sebarang masalah lagi yang timbul berhubung dengan projek pembangunan Tatalaan II, selepas segala arahan kerajaan kepada pemaju telah dipatuhi.
Untuk rekod pemaju telah mendepositkan wang tunai sebanyak RM2.48 juta iaitu salah satu syarat yang perlu dipatuhi sebagai jaminan kepada kerajaan untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah diarahkan.
Mashor dipetik sebagai memberitahu dalam kenyataan pada Khamis di Keningau bahawa pemaju telah mematuhi segala peruntukan undang-undang dalam melakukan kerja-kerja sebagaimana yang diarahkan hasil pemantauan Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan agensi-agensi penguatkuasa yang lain.

“Ini adalah fakta yang perlu kita akui, justeru saya mahu peserta yang terlibat bersatu untuk memastikan perancangan pembangunan Tatalaan II berjalan mengikut jadual,” jelas Pegerusi Jawatankuasa Bertindak Tatalaan II Agnes Andrew Bacon.

Sementara itu Setiausaha Ahli Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Geran Komunal Tatalaan II Stephen Lewin memberitahu dalam satu taklimat khas kepada seluruh penduduk yang terlibat dengan projek itu di sini pada pada Ahad, bahawa pihak luar yang tidak ada kaitan di kawawan ini tidak perlu campur tangan dan menganggu kerja-kerja pihak pemaju yang telah lantik oleh Kerajaan untuk membangun kawasan itu yang lebih menjurus kepada peningkatan ekonomi dan pembasmian kemiskinan penduduk terlibat.
Katanya, jika ada pihak luar yang menganggu kerja-kerja pembangunan sudah tentu ia akan membantut operasi pemaju melaksanakan pembangunan kawasan itu termasuk pengukuran pecahbahagi lot-lot tanah daripada Geran Komunal kepada Geran Individu “Native Title” (N.T).
Beliau yang bercakap di hadapan seramai lebih kurang 150 benefisiari turut meminta agar tidak ada dikalangan benefisiari dipengaruhi pihak luar yang mencari populariti atau kepentingan diri yang boleh menganggu dan membantut pembangunan kawasan tersebut.

Jelas Stephen, pembangunan kawasan yang dilaksanakan oleh syarikat Brilliant Junction telah memberikan manfaat awal dari segi kemudahan jalan raya dan pembinaan beberapa jambatan yang kini memudahkan penduduk di kawasan itu beralik-alik atau berurusan sama ada di Pekan Nabawan dan Keningau.
“Berbanding sebelum pembangunan kawasan itu, di mana penduduk sukar keluar ke pekan kerana jalan raya yang telah rosak dan beberapa jambatan yang telah runtuh” katanya sambil menambah bahawa kawasan yang dibangunkan dilakukan secara usaha sama dengan benefisiari.
Menurut Stephen, usaha ini juga sedikit sebanyak membantu kerajaan dalam memberi keselesaan kepada penduduk dari segi jalan perhubungan kerana pihak pemaju terlebih dahulu menyelanggara jalan raya sebelum menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan yang akan dibangunkan dengan kegiatan pertanian yang sesuai di kawasan ini kelak.
Justeru itu katanya, para penduduk yang terlibat dengan pembangunan tanah Tatalaan II haruslah memberi kerjasama kepada syarikat yang telah mendapat kelulusan daripada kerajaan yang bukan sahaja melakukan tanggungjawabnya sebagai pemaju yang baik dan memuaskan serta tiada masalah dengan peserta.
“Jangan kerana ada “orang tengah” yang berkepentingan menyusup masuk dan memutar belitkan fakta sehingga mempengaruhi segelintir benefisiari yang menimbulkan masalah dalaman. Kita tidak mahu apa yang berlaku di kawasan Geran Komunal di lain tempat yang banyak masalah timbul seperti pergeseran sesama sendiri sehingga kawasan itu tidak dapat dibangunkan sehingga kini”jelas Stephen lagi.
Dalam perkembangan lain Stephen menjelaskan, pembangunan tanah di kawasan Tatalaan dibahagi kepada dua kawasan iaitu Tatalaan I dan Tatalaan II.
Katanya, Tatalaan I benefisiarinya (peserta)adalah penduduk dari tiga buah Kampung iaitu Susuon, Layon, dan Nangkawangan manakala Tatalaan II pesertanya terdiri dari penduduk sepuluh (10) buah kampung iaitu Kampung Katalirus, Ponontomon, Binanun, Sumbiling, Tatalaan Ulu, Pohon Batu A, Pohon Batu B, Layon, Nangkawangan dan Pengaraan.
Katanya, pada mula berlaku peselisihan faham dari segi penyenaraian peserta di mana ada penduduk yang tidak tersenarai dalam kawasan Tatalaan I tetapi atas budi bicara dan toleranasi pengurus-pengurus diperingkat kampung masalah itu dapat diselasaikan.
8,396 total views, 2 views today