Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jannie dan Mohina ganding terajui wanita PH Sabah

0

KOTA KINABALU: Jannie Lasimbang sekali lagi menerajui Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi tempoh 2024 -2025.

Jannie, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kapayan.

Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Malaysia Mohina Sidom dipilih sebagai Timbalan, Etty Jahan, Naib Ketua, Fauziah Kudus Timbalan Setiausaha, Ferlita Ubara Katua Pilihan Raya Wanita PH Sabah.

Bercakap selepas keputusan pemilihan, Jainne berkata, Wanita PH Sabah menyokong cadangan untuk memenuhi 30 peratus kuota Wanita pada pilihan raya yang akan datang.

Tegasnya, Langkah itu Langkah ini dilihat sebagai usaha penting untuk memastikan penglibatan yang lebih besar dan lebih seimbang dari segi gender dalam arena politik negeri.

Beliau menyatakan  langkah itu satu keperluan bagi mempromosikan penyertaan wanita dalam proses pembuatan keputusan.

“Kita memerlukan suara wanita dalam semua lapisan kepimpinan dengan memenuhi kuota 30%, kita bukan sahaja dapat memberikan peluang kepada lebih ramai wanita untuk terlibat dalam politik, tetapi juga memastikan suara mereka didengar,” katanya.

Jannie menambah bahawa terdapat banyak isu yang melibatkan wanita di Sabah yang memerlukan perhatian dan penyelesaian, termasuk pendidikan, kesihatan, dan peluang ekonomi.

“Dengan lebih banyak wakil wanita, kita boleh membawa isu-isu ini ke peringkat yang lebih tinggi dan memastikan bahawa polisi yang lebih inklusif diwujudkan,” ujarnya.

Jannie menggesa semua parti politik di negeri ini untuk menyokong inisiatif tersebut dan menilai semula pendekatan mereka terhadap penglibatan wanita untuk memperjuangkan isu-isu penting dan memastikan kebajikan wanita sentiasa menjadi keutamaan.

Jelasnya, keputusan pemilihan itu  menunjukkan komitmen Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam meneruskan agenda perjuangan dan memastikan suara wanita terus didengar dalam pentadbiran negeri.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh barisan kepimpinan  Exco Pergerakan Wanita UPKO Malaysia, Wanita DAP Sabah, Wanita PKR Sabah dan Wanita Parti Amanah Sabah  yang dipilih dan berharap agar perjuangan mereka akan membawa kepada perubahan yang lebih baik untuk semua wanita di Sabah.

BARISAN JAWATANKUASA PERHUBUNGAN WANITA PH SABAH 2024/2025.  

Ketua Wanita: YB Jannie Lasimbang (DAP)

Timbalan 1: Noriha Yakub (PKR)

Timbalan 2: Mohina Sidom (UPKO)

Timbalan 3: Siti Hajar Berahim (AMANAH)

Naib Ketua 1: Lomiti Bt Johan (UPKO)

Naib Ketua 2: Datin Rufina Pengeran (PKR)

Naib Ketua 3: Noor Ain Bt Mohd Tahir (AMANAH)

Naib Ketua 4: Clare Taunek (DAP)

Setiausaha: Bronica Sikula (DAP)

Tim. Setiausaha 1: Fauziah Kudus (UPKO)

Tim. Setiausaha 2: Camelia Jaikop (PKR)

Tim. Setiausaha 3: Saniah Bte Ahmad (AMANAH)

Bendahari: Noor Zeeta Bt Tamsun (PKR)

Tim. Bendahari: Lai Shiau Lin (DAP)

Ketua Penerangan/Komunikasi:

Junaidah Makku (PKR)

Ketua Pilihanraya: Ferlita Ubara (UPKO)

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.