Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jelajah  usahawan bantu tingkat jualan – Siti Aminah

0

Oleh JAAFAR ABDUL WAHID

KUALA PENYU Sabah, Malaysia : Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) negeri ini disaran memanfaatkan program Jelajah atau pesta IKS untuk tingkatkan prestasi jualan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoniti Datuk Siti Aminah Aching  berkata program berkenaan memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi menjana pendapatan tambahan  terutamanya melalui perniagaan atas talian.

“Usahawan IKS perlu ambil peluang inisiatif ini dengan menggunakan teknologi terkini dalam perniagaan dengan pendekatan mempromosi, penjualan dan pemasaran ke arah digitalisasi” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Pesta Industri Kecil dan Sederhana(IKS) dan Serbaneka anjuran Kelab Usahawan Atas Talian Industri Sederhana(KUATIKS ) di Pusat Informasi Rumbia Kuala Penyu kemarin.

Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, pesta tersebut merupakan flatfrom terbaik bagi pengusaha IKS dari seluruh Sabah khususnya di kawasan Parlimen Beaufort untuk memperkenalkan prodak yang mereka hasilkan dan memberi ruang untuk mereka menjual kepada orang ramai bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Wakil Rakyat Parlimen itu menambah melalui IKS ianya  dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutama kepada penduduk di luar bandar dan industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan dengan konsep “Satu Kampung Satu Produk”.

“Menyedari hakikat ini, kerajaan telah memperuntukkan dana bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan IKS telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan kerana IKS mempunyai pelbagai manfaat serta kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara” katanya

Menurut Aminah yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort, Indsutri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan bahagian terbesar pertubuhan perniagaan dalam ketiga-tiga sektor iaitu sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

“IKS dalam sektor perkhidmatan merupakan kategori terbesar dan kebanyakan IKS terlibat dalam subsektor perkhidmatan seperti runcit, restoran, borong dan pembuatan. Tahap pembangunan IKS semakin bertambah dan menjadi salah satu penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta suntikan dan dasar mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan banyak membantu kepesatan IKS.”katanya

Malah menurut Aminah platform yang disediakan oleh kerajaan banyak membantu pengusaha dan usahawan untuk berjaya.

Katanya, melalui usaha yang dilakukan oleh Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), perkembangan positif IKS dalam meneroka peluang pasaran pada peringkat global dan memberi gambaran bahawa perancangan yang disasarkan dalam Pelan Induk IKS 2012-2020 yang menggariskan matlamat mencapai sumbangan sektor berkenaan kepada KDNK dapat direalisasikan.

Perkara ini menurut beliau  memperlihatkan perubahan permainan dalam industri sekaligus mentransformasikan IKS menjadi pemain antarabangsa.

 304 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.