Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jelius ikuti kursus kejurulatihan lesen pro A bulan depan

0

Oleh DG HENRY

JURULATIH Jelius Ating akan mengikuti kursus kejurulatihan Lesen A Pro (Pro A License) di Kuala Lumpur awal bulan depan.

Jelius yang ketika ini dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Piala Presiden Sabah FC memberitahu, beliau akan mengikuti fasa pertama kursus itu mulai 7 Februari.

“Ini peluang saya tunggu-tunggu dan sudah tentu saya akan memanfaatkan peluang ini sebaiknya,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Sehingga ini, belum ada jurulatih di Sabah yang memiliki lesen tersebut yang melayakkan untuk mengendalikan skuad Liga Super dalam Liga Malaysia.

Sebaik sahaja berjaya menamatkan kursus kejurulatihan tersebut, ia akan menjadi bekas jurulatih skuad Liga Perdana Sabah itu menjadi jurulatih yang pertama di Sabah memiliki Lesen Pro A.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan skuad PIala Presiden bimbingannya musim ini, Jelius berkata, senarai 30 pemain yang menganggotai pasukan sudah pun dimuktamadkan.

“Kita telah memutuskan perkara itu Sabtu lalu selepas mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kinabalu Jaguar FC,” katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.