Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jokowi ditegur supaya jangan masuk campur urusan pilihan raya

0

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) disifatkan boleh menjejaskan demokrasi Indonesia apabila dilihat sering masuk campur hal-hal berkaitan pilihan raya umum dan pilihan raya presiden.

Pengarah Eksekutif Oversight of The Indonesian Democratic Policy, Satyo P berkata, Jokowi semakin aktif mencampuri urusan berkaitan pemilihan calon naib presiden sejak akhir-akhir ini.

Katanya, perkara itu merupakan satu daripada ancaman demokrasi yang jelas di negara ini.

“Sepatutnya, Jokowi tidak boleh masuk campur sebarang urusan berkaitan pilihan raya umum dan presiden.

“Sebaliknya, beliau hanya perlu memastikan semua urusan berkaitan perkara tersebut berjalan lancar dan mengikut aturannya tanpa sebarang pengaruh daripada beliau.

“Rakyat mahukan pilihan raya yang jujur dan adil,” katanya.

Jelas Satyo, jika Jokowi terus mencampuri urusan pilihan raya, kesannya boleh mencetuskan ketidakadilan yang serius.

“Jika seorang presiden tidak adil dan neutral, kesannya boleh merosakkan pilihan raya itu sendiri dan akhirnya rakyat yang jadi mangsa.

“Kita semua tahu presiden mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar, jadi tidak perlu Jokowi masuk campur, biarkan pilihan raya itu berjalan mengikut ketetapan,” ujarnya.

 

 622 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.