KENINGAU (Sabah, Malaysia) – Buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, Parti Bersatu Sabah (PBS) mula buka mulut untuk meminta supaya persefahaman kerjasama gabungan antara parti itu dengan STAR dikaji dengan lebih teliti.
“Kita telah memberi ruang yang sangat luas untuk kerjasama ini disemak dengan lebih adil,”.
“Kesabaran mendesak untuk kami bersuara .. masa sudha sampai,” nada tegas ini disuarakan oleh Ketua Penerangan PBS Bingkor, James Kini dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Mesyuarat Agung Tahunan ke- 38 parti itu pada 26 Mei 2023 mengutarakan suara itu sebagai usul utama dan mendapat sokongan seluruh perwakilan.
Mesyuarat itu dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Agung PBS Jonnybone Kurun.
Kerjasama antara PBS, parti STAR dan PBRS dibentuk pada saat akhir PRN ke 16 tahun 2020, menyaksikan calun PBS Peter Jino Aliun akur mengorbankan diri untuk memberi laluan kepada calun STAR Robert Tawik yang memperolehi 7,891 undi, apa yang James sifatkan pengorbanan yang sukar diterima pada saat akhir membuang undi.
“PBS telah menyumbang besar kepada kemenangan calun Star di Bingkor,” tegasnya dan berkata, persafahaman yang dibentuk tidak diaplikasi dengan baik menyaksikan ahli-ahli PBS tidak meraih pengorbanan yang mereka berikan.
“Apa yang PBS mahu ialah perkongsian kuasa dibahagi sama rata,”.
“… Khususnya jawatan Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan JPKK,”.
“… Hatta dalam jawatan-jawatan GLC juga, PBS Bingkor layak diberi ruang,”
“.. Kita difahamkan bahawa nisbah Perkongsian Kuasa antara komponen GRS adalah 60:40. Nisbah tersebut perlu di tingkatkan ke 50:50 untuk DUN N40 Bingkor, sesuai dengan tahap kerjasama yang amat effektif oleh PBS Bingkor,” Tambahnya.
James berkata, apa yang PBS suarakan itu tidak bersifat provokasi tetapi menekankan bahawa ahli-ahli parti itu juga berhak untuk mengenggam sesuatu yang sepatunya mereka miliki.
“Kita sepatutnya kongsikan kuasa,” Katanya.