Oleh DG HENRY, EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA
“YA kami berjaya! Sejarah tercipta dalam lawatan kami,” – Peter John Jaban memberi reaksi mengenai lawatan Kreatif Orang Asal Sarawak Ke Sabah.
Lawatan lima hari delagasi 72 peserta orang asal itu berlepas dari Miri pada 30 April lepas dan berakhir pada 4 Mei.
Jaban memberitahu dalam satu kenyataan, rombongannya disambut mesra di kesemua lokasi lawatan seperti Tenom, Keningau, Tambunan dan Penampang.

“Kami menghargai semua sokongan daripada rakyat Sabah yang menyambut kami dalam jumlah yang begitu besar. Juga kepada pihak berkuasa tempatan Sabah yang membantu kami dalam lawatan ini,”.
Di KENINGAU, Peter dan rombongan melawat Batu Sumpah Keningau yang terkenal itu.
“Di sana kami disambut oleh pemimpin masyarakat. “Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Kassim kerana telah mengiringi kami ke tapak Batu Sumpah,”.
“Kami juga menghargai taklimat khas Ketua Adat berkenaan Batu Sumpah Keningau. Ini sangat mendidik”.” Katanya sambil memberitahu The Borneo Digest bahawa lawatan itu menyimpul banyak kenangan yang sangat bernilai.
Peter berkata, beliau sangat terkejut di Tenom sebaik dimaklumkan ramai keturunan Iban di daerah lembah kopi itu.
“Kami diterima oleh masyarakat Murut yang ramai mendakwa berketurunan Iban. “Kami mengucapkan terima kasih kepada Wakil Rakyat Kembong, Datuk Rubin Balang kerana bermurah hati menyokong lawatan kami ke daerah itu”.
“Ya kami berjaya! Sejarah tercipta dalam lawatan kebudayaan ini!”
Peter menghargai semua sokongan daripada rakyat Sabah, khususnya rakyat tempatan di semua lokasi daerah yang dilawati.
“Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan Sabah yang banyak membantu kami dalam lawatan itu,” Katanya.

Di SABAH, Duta DRAF SabahTimothy Thaddieus Bius mengeluarkan kenyataan berikut untuk menterjemahkan kejayaan lawatan tersebut.
Sedikit Rumusan Program Jelajah Gabungan Orang Asal Sabah Sarawak, yang berada di sabah baru baru ini yang bertema kan : MEMPERKENALKAN BUDAYA DAN ADAT RESAM SERTA KESENIAN & KEBUDAYAAN ORANG ASAL SARAWAK.(Mereka akan mencipta satu sejarah iaitu mereka hanya memakai pakaian Tradisional Orang Asal Sarawak atau Sirat tanpa memakai baju dan sepatu(barefooted) semasa menaiki kapal terbang antarabangsa Miri ke Kota Kinabalu).
Delegasi akan berkaki ayam sepanjang 200 meter setiap dearah yang di kunjungi untuk sampai ke tempat yang di tuju walaupun jalan itu bertar atau berbatu.

Anjuran bersama : GABUNGAN ORANG ASAL SABAH SARAWAK(GOASS) / BORNEO INDIGENOUS PEOPLE’S PACT. BERSAMA DRAF SARAWAK,(pelbagai cawangan/persatuan)dan DRAF SABAH.
Berbaloi kepenatan yang diusahakan selama 3 bulan, persediaan program yang jarang julung dibuat dan di pertanggungjawabkan oleh saya sendiri bersama ketua ketua (Sabah Sarawak) yang lain .
Banyak rintangan kami tempuhi untuk menjayakan program ini….walaupun masa itu tidak mencukupi, tetapi atas dasar PENYATUAN kami tetap kuat kan dengan penuh semangat.
Kami mencari Dana sendiri , kami buat patak patak ‘RUKUT RUKUT’ sesama ketua dan ahli…kami usaha lagi meminta derma seikhlas hati pada keluarga masing masing dalam pasukan itu sendiri…Dana masih tidak mencukupi, kami sama sama usaha lagi sehingga target dana mencukupi..namun tidak sampai target masa semakin dekat..masih banyak kekurangan.
Semangat diberikan oleh Panglima Penyatuan Sabah Sarawak Peter John Jaban dan Guru Kesatuan Sabah Sarawak Themotty Ak Jagak ,Dr.Robert dan Dember Wiliam sentiasa memberikan kata kata semangat mengenai program ini agar kita harus melaksanakan dengan jayanya agar dunia tahu kita mampu melakukannya.
Kami TIADA PENAJA dan TIADA SESIAPA BAGI DANA…surat untuk meminta dana hanya tinggal kenangan..tak apa lah..kami pasrah saja walaupun kecewa.
Banyak lagi kami mahu bayar untuk mahu deposit, beli ini beli itu untuk melengkapkan lagi program tersebut…….namun..siapa lah juga kami kan, kami bukan orang kaya,hanya orang kampung bah kami ni tapi kami hanya ada semangat kerana mahu menjayakan program ini untuk di tunjukan pada seluruh dunia pada khusunya.
Namun masa sudah tiba akhirnya,tak sedar masa begitu cepat berlalu…kami siap siaga buat seperti apa yang di rancang…kami telah menjelajah 5 Dearah iaitu Kota Kinabalu,Tenom,Keningau,Tambunan dan Penampang dengan semangat yang kental dan penuh semangat melaksanakan tanggungjawab yang di berikan ini..
Syukur pada tuhan,kami berjaya melakukannya dengan baik dan selamat semua delegasi seramai 74 orang dengan jayanya tanpa banjir, tanpa hujan,tanpa gempa bumi dan lain lain.
itu lah kenangan kami bersama Gabungan Orang Asal Sabah Sarawak selama 5 hari dan tidak mungkin kami melupakannya malah kami sentiasa merindui sesama saudara atas penyatuan ini.
Maka dengan itu Kami Kaum Orang Asal Sabah telah menobatkan Peter John Jaban dengan Gelaran Baru iaitu Panglima Penyatuan Sabah Sarawak dan Guru Themotty Ak Jagak adalah Guru Kesatuan Sabah Sarawak…
Terima kasih kepada :
PDRM Sabah.
PDRM Sarawak.
Lapangan terbang antarabangsa (sarawak).
Lapangan terbang antarabangsa (sabah).
Kementeriaan pelancongan,Industri dan Seni Persembahan Sarawak.
Lembaga Kebudayaan Sabah.
Imigresen (Sarawak)
Imigresen(Sabah)
Pengurus Besar (KKIA)
Airasia Airline.
DRAF Media/Report
Manurali Stream Garden.
Ketua Ketua DRAF /Ahli(Sabah/Sarawak).
Penderma Yang Perihatin.
Ajk GOASS.
Ajk DRAF Sabah.
Team Gong DRAF.
Sekian.
Timothy Thaddieus Bius
DUTA DRAF(Orang Asal Sabah)
Mantap laaa. . proud to Borneo people
Terima kasih kerana terus membaca Borneo Digest.