Oleh DG HENRY, EKOK AMIN DAN ROSANNA EDEZA

SEKUMPULAN ‘Orang Asal’ dari Sarawak melakar sejarah dengan menaiki pesawat berkaki ayam sambil mengenakan pakaian tradisional Iban ‘sirat’ untuk mempromosi budaya Sarawak dalam jelajahnya ke Sabah.
Delegasi seramai 72 orang itu menaiki pesawat Air Asia dari lapangan terbang Miri, Sarawak ke Kota Kinabalu dan disambut delegasi Orang Asal Sabah diwakili Dayak International Organisation (DIO) dan Dayak Ritual Awareness Fellowship (DRAF).
Setiba di Kota Kinabalu, kumpulan yang lengkap dengan ‘Sirat’ bergerak ke Sabah Waterfront untuk mengadakan persembahan kebudayaan.
‘Sirat’ adalah pakaian yang kebiasaannya digunakan dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang
“Kita merancang untuk mempromosikan budaya dan gastronomi Sarawak sambil pada masa sama mempromosi acara Festival Hutan Hujan Sedunia (RWMF) akan datang”, Peter John Jaban memberitahu media dalam satu kenyataan.
Peter merupakan seorang aktivis sosial dan hak asasi manusia.
Delagasi itu berada di negeri dibawah bayu itu sehingga 4 Mei depan.
“Dalam jelajah ini, seramai 60 peserta akan melakar sejarah dengan menggunakan ‘sirat’ dalam pesawat dengan berkaki ayam sambil memperagakan tatu di bahagian atas tubuh mereka yang terbuka,” Tambah Peter dan berkata, perjalanan itu juga menjadi projek percubaan delegasi itu dalam usaha mencatat rekod dalam Guinness World Record.
Setiausaha Agung Induk DRAF Sabah, Timothy Thaddieus Bius membberitahu, delegasi itu akan melawat Kampung Murut di Tenom pada 1 Mei disusuli Baru Sumpah di Keningau dan komuniti Dusun atau Kadazan di Tambunan pada keesokan harinya.
“Mereka akan mengadakan demo tatu, kraftangan dan memasak di Monaruli Garden Resort di Penampang pada hari sama dan 3 Mei,” Katanya kepada The Borneo Digest.
JADUAL PERGERAKAN DELEGASI SEPANJANG BERADA DI SABAH :
*Day 1*
– 30 April 2022 18.30pm – Bertolak dari Lapangan Terbang Miri, Sarawak ke Kota Kinabalu, Sabah dengan menaiki pesawat Air Asia AK6076 19.20pm – Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan dijemput oleh masyarakat Orang Asal dari Sabah serta wakil dari orang orang Sarawak yang tinggal & berkerja di Sabah.
20.00pm – Bergerak Waterfront Kota Kinabalu dan membuat ( Flash Mob – Persembahan muzikal dan kebudayaan diadakan di perkarangan , KK Waterfront, QUAY Restaurant,Jalan Tun Faud Stephen, Kota Kinabalu sehingga jam 10.00pm
*Day 2*
01 Mei 2022 9.00pm – Bertolak ke Kampung Pulong Murut di Tenom.
2.00pm -Persembahan kebudayaan dan menginap di Tenom.
*Day 3*
02 Mei 2022 10.00am – Bertolak dari Penginapan Fat choy Tenom ke Pekan Tenom.
2.00pm – Bertolak ke Batu Sumpah,Keninggau untuk Melawat Batu Sumpah dan Merarau Tengahari ( Makan Tengahari ).
3.00pm – Bertolak ke Tambunan dan seterusnya ke Manoruli Garden Resort Penampang.
8.00pm – Persembahan Muzik & Kebudayaan oleh delegasi Sarawak di Manoruli Garden Resort Penampang.
*Day 4*
03 Mei 2022 9.00am – Delegasi Sarawak akan mengadakan Pertunjukan Tattoo, Persembahan Kebudayaan dan demonstrasi masakan sarawak ( Serumpu Makai ) di Monaruli Garden Resort sehingga selesai.
*Day 5*
04 Mei 2022 7.00am – Rombongan Sarawak bertolak ke Lapangan Terbang KKIA, Kota Kinabalu