Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rombongan staf SAFA ziarahi pusara allahyarham Lajim

0

Oleh EKOK AMIN

ROMBONGAN pegawai dan staf Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) kelmarin menziarahi pusara bekas Ahli Majlis Tertinggi SAFA, allahyarham Datuk Seri Panglima Lajim Ukin di Beaufort.

Ia diketuai Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar bersama beberapa pegawai dan kakitangan badan bola sepak itu yang kebetulan berada di daerah berkenaan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke daerah Keningau.

“Memang kami merancang untuk menziarahi pusara arwah ini namun baru sekarang kami berkesempatan untuk turun ke Beaufort, alhamdulillah,” katanya.

Menurut Azman, allahyarham Lajim seorang pemimpin baik dan begitu dikenali dan pemergiannya satu kehilangan kepada rakyat di Beaufort serta SAFA juga.

Turut bersama ialah dua Ahli Majlis Tertinggi SAFA, Shamsuddin Mohd Shah, Mustapha Tuah, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Lokman Sunggim dan Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat.

 

 374 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.