
TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Sook akan ditingkatkan sehingga 400 dos sehari (Dos satu dan Dos dua).
“Ini bertujuan untuk membolehkan lebih ramai masyarakat di Sook dan sekitarnya mendapat suntikan,”.
“Ini bertujuan untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat khususnya di kawasan pedalaman Sabah dengan lebih cepat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Untuk rekod sebanyak lima (5) PPV di kawasan Parlimen Pensiangan sedang beroperasi iaitu di Klinik Kesihatan Nabawan, Dewan Masyarakat Sook, Balai Budaya Salarom Taka, Klinik Kesihatan Pagalngan dan Klinik Kesihatan Pensiangan.
Kesemua PPV itu mula beroperasi pada 21 Jun 2021.
Arthur memberitahu, satu lagi PPV di Daerah Nabawan akan beroperasi bagi menampung bilangan penduduk yang ramai.
Ahli Parlimen Pensiangan itu berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Daerah akan mengadakan program outreach secara berkala bagi memastikan penduduk di kawasan terpencil di pedalaman Sabah yang kurang akses kepada perhubungan mendaftar dan mendapat vaksin.
![]()