Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Masih ramai penduduk luar bandar Sabah belum terima vaksin — Arthur

0

SEHINGGA 18 Jun 2021, penerima vaksin di seluruh Negeri Sabah berjumlah 306,280 orang bagi dos pertama, dan 122,485 orang bagi dos kedua , manakala bagi Zon Pedalaman Sabah (Daerah Keningau, Daerah Nabawan, Daerah Tenom dan Daerah Tambunan) pula adalah sebanyak 28,140 orang bagi dos pertama, dan 11,755 orang untuk dos kedua, jelas  Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthue Joseph Kurup.

Jelasnya, Ini menunjukkan kadar vaksinasi adalah 10.44% bagi dos pertama dan 4.18% bagi dos kedua, daripada populasi Sabah.

“Proses pemberian vaksin dilihat telah berjalan dengan lancar. Bagi mengekalkan momentum proses pemberian vaksin, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dipohon memberi pertimbangan untuk menghantar lebih banyak bekalan vaksin ke negeri ini,” Katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Katanya, walaupun terdapat peningkatan jumlah penerima namun masih terdapat ramai dalam kalangan penduduk diluar bandar belum menerimanya atas faktor komunikasi dan perhubungan.

Bagi meningkatkan liputan internet dan talian telefon yang lebih baik, Kerajaan dibawah Program JENDELA akan membina sebanyak 584 menara baharu
di seluruh Sabah sehingga tahun 2022 dan sebanyak 40 menara baharu dibina
di kawasan Parlimen Pensiangan.

Selain itu tambahnya,  projek menaik taraf jalan dari Sapulut ke Pekan Pagalungan yang sedang dalam pelaksanaan akan dapat meningkatkan akses kepada perhubungan darat yang lebih cepat dan mudah.

Beliau memberitahu bahawa pihaknya telah menyumbangkan Sebanyak lima (5) unit komputer riba dan sepuluh (10) unit khemah serta beberapa peralatan keperluan lain disumbangkan kepada kepada Pejabat Kesihatan Daerah Keningau untuk digunakan sepanjang Program Vaksinasi di kawasan Parlimen P.182 Pensiangan.

“Ini bagi memberi kemudahan serta keselesaan kepada penduduk semasa proses pendaftaran sehingga ke proses penerimaan vaksin,” Katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.