Oleh: KALAWON SALANGIT
KENINGAU (Sabah, Malaysia): — Abang maut, adik cedera parah selepas kenderaan Perodua Myvi yang sedang dipandunya dirempuh sebuah pacuan empat roda di kilometer 38 Jalan Sook – Keningau kira-kira jam 5.30 petang pada selasa (24 Mei, 2016).
Ketua Polis Keningau Deputi Superitenden Polis (DSP) Douglas mengesahkan kejadian itu berlaku di hadapan Supermarket BJT Sook.
“Mangsa Jakilin Maraman, 51,” dedahnya dan memberitahu beliau merupakan penduduk tempatan yang berasal dari Kg. Malima Sook.
Katanya, mangsa meninggal di lokasi kejadian kerana tersepit di bahagian depan pemandu serta mengalami kecederaan teruk.
Menurut fakta kes, kira-kira jam 5.30 petang sebuah pacuan empat roda merempuah secara mendadak kenderaan Perodua Myvi yang sedang keluar dari arah Supermarket BJT.
Taong berkata, pemandu pacuan empat roda tidak sempat mengelak kerana jaraknya terlalu dekat, dan merempuh bahagian pintu sebelah kanan Perodua Myvi yang sedang dipandu oleh mangsa.
Adik mangsa – Rustin Maraman, 50, yang duduk di sebelah kiri bahagian hadapan kenderaan itu mengalami cedera parah di bahagian tengkuk, dirujuk ke Klinik pekan Sook sebelum dihantar ke Hospital Besar Keningau untuk rawatan lanjut.
Pemandu pacuan empat roda – Ting Sieng Hing, 49, dan seorang penumpang – Fendy Wong 32, yang kedua-duanya berasal dari Penampang dan Kota kinabalu hanya mengalami kecederaan ringan.
Siasatan polis mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan kecuaian mangsa, kerana keluar dari simpang pasaraya itu tanpa memastikan keadaan lalulintas selamat.
Borneo Digest menerbitkan berita kemalangan ini di bahagian ‘Terkini’ lewat malam pada Selasa.
“