Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Israel dakwa komander Hamas terbunuh dalam serangan

0

GAZA CITY: Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya telah membunuh komander kumpulan Hamas yang mengetuai serangan rentas sempadan ke atas Israel minggu lalu.

Lapor BBC, menurut tentera Israel, Ali Qadhi terbunuh dalam serangan dron pada Sabtu lalu.

Serangan itu dilancarkan selepas usaha risikan dilakukan oleh agensi keselamatan Shin Bet dan Direktorat Perisikan Tentera.

Sebelum ini, jurucakap IDF mendakwa seorang komander kanan Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza.

Dalam satu hantaran di aplikasi X, jurucakap Avichay Adraee berkata, Murad Abu Murad memainkan peranan penting dalam serangan mengejut ke atas Israel yang mengorbankan lebih 1,300 orang.

Terdahulu, laporan awal mendakwa IDF menemukan mayat warga Israel yang dijadikan tebusan oleh kumpulan pejuang Hamas, ditolak dan dianggap sebagai tidak tepat.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.