JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet susulan kes pesakit tersebar di Jakarta, Banten, dan Jawa Barat.
“Sehingga kini, tambahan tiga kes baharu direkodkan, semuanya di Jakarta,” kata Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit di kementerian itu, Maxi Rein Rondonuwu, ketika mengesahkan laporan itu pada Selasa.
Beliau dipetik oleh agensi berita rasmi Antara sebagai berkata, kes tambahan itu telah meningkatkan jumlah kes campak yang dikesan di Indonesia kepada 27 setakat Selasa.
Menurut laporan harian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, setakat 29 Oktober, sekurang-kurangnya 24 kes cacar monyet atau Mpox telah direkodkan di negara ini.
Jakarta mencatatkan 18 kes iaitu sembilan di Jakarta Selatan, lima di Jakarta Barat, tiga di Jakarta Timur, dan satu di Jakarta Utara.
Sementara itu, Banten melaporkan lima jangkitan: dua di daerah Tangerang, dua di bandar Tangerang Selatan, dan satu di bandar Tangerang.
Bagi Jawa Barat, hanya 1 kes dikesan di bandar Bandung.
Kesemua pesakit adalah lelaki berumur 25 hingga 48 tahun, dan kebanyakannya juga menghidap HIV/AIDS.
Rondonuwu menyatakan bahawa kementeriannya terus menjalankan usaha mengesan bagi mengenal pasti kes baharu.
“Usaha mengesan semakin baik. Pada masa ini, terdapat 21 kes yang disyaki menunggu keputusan pengesahan makmal,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, Kementerian Kesihatan mengklasifikasikan 44 suspek sebagai dibuang atau tidak berkaitan Mpox.
Beliau berkata, untuk mengendalikan Mpox, Kementerian Kesihatan telah melakukan beberapa usaha pengawasan.