Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kes kemalangan turun di Sabah — Herdiansah

0

Oleh: KALAWON SALANGIT

TENOM (Sabah, Malaysia): — Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sabah Herdiansah Abdul Karim memberitahu bahawa kes kemalangan jalan raya di Sabah menurun.

“Penurunan 403 kes atau 2.33 peratus daripada 17,639 kes,” dedahnya dan menambah jumlah kematian juga menunjukkan corak penurunan sebanyak 28 peratus atau 7.14 peratus daripada jumlah kematian sebanyak 420 orang pada tahun 2015.

Pengarah itu berkata bahawa JKJR Sabah komited di dalam meminimakan kadar kemalangan jalan raya di negeri Sabah pada tahun ini sesuai dengan prestasi yang memberangsangkan khususnya daripada sudut staistik kemalangan jalan raya bagi bagi tahun 2014 dan 2015.

Menurut beliau pihaknya telah mengambil pendekatan proaktif di dalam meminimakan kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan Pesta Kaamatan dan musim cuti sekolah melalui pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya dengan penglibatan rakan-rakan strategiknya dengan bertemakan “Nyawa Dihargai, Selamat ke Destinaasi, Kemeriahan Dirasai”

Herdiansah ditemui di majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Pesta Ka’amatan 2016 Dan Cuti Sekolah di jalan utama berdekatan Majlis Daerah Tenom baru baru ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Bobbey A. Suan.

Sebanyak 100 “goodies bag” diagih-agihkan kepada orang ramai semasa kempen keselamatan jalan raya itu.

Herdiansah berkata, JKJR Sabah amat berharap agar semua warga pengguna jalan raya di negeri ini mengamalkan budaya pemanduan yang selamat demi keselamatan diri, keluarga dan orang lain dan pada masa yang sama membantu kerajaan di dalam usaha berterusan meminimakan kadar kemalangan jalan raya dari tahun ke tahun.

Tegasnya, hanya dengan mengamalkan budaya selamat seperti merancang perjalanan serta mematuhi peraturan jalan raya mampu memberikan kesan yang besar di dalam menjadikan perayaan kali ini tanpa kesedihan akibat kehilangan orang yang tersayang  serta secara tidak langsung memeriahkan lagi sambutan perayaan Pesta Kaamatan oleh semua lapisan masyarakat di negeri ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Tenom DSP Mohamad Firdaus Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Tenom Clarence Puin Pinduru, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.