Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ketua sayap tentera Hamas terbunuh di Gaza

0

BAITULMAQDIS: Ketua sayap tentera Hamas, Mohammed Deif, terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza bulan lalu, kata tentera Israel hari ini, sehari selepas pemimpin politik kumpulan itu dibunuh di Tehran.

“IDF (Pasukan Pertahanan Israel) mengumumkan bahawa pada 13 Julai lalu, jet pejuang IDF menyerang di kawasan Khan Yunis dan berikutan penilaian perisikan, ia boleh disahkan bahawa Mohammed Deif terbunuh dalam serangan itu,” menurut tentera.

Hamas tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas mengenai pengumuman pihak Israel itu, yang dibuat ketika orang ramai berkumpul di Tehran untuk perarakan pengebumian pemimpin Hamas, Isamil Haniyeh.

Deif dipercayai salah seorang ketua dalam serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas selatan Israel selatan, yang mencetuskan perang Gaza, hingga kini sudah memasuki hari ke-300.

Salah seorang tokoh Hamas yang paling dominan, Deif memimpin kumpulan itu selama 30 tahun, membangunkan rangkaian terowong dan kepakaran dalam pembuatan bomnya.

Beliau mendahului senarai paling dikehendaki Israel selama beberapa dekad, selain bertanggungjawab secara peribadi atas kematian berpuluh-puluh rakyat Israel dalam pengeboman berani mati. – REUTERS

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.