KEWUJUDAN Kopersi Usahawan Bumiputera Sabah Berhad (KUWANIS) memberi nafas baharu kepada usahawan di negeri Sabah, kata Pengerusi koperasi itu Ir Mohd Redzuan Bin Halim.
Katanya, yang di tubuhkan setahun yang lalu (30 Disember 2020) bertujuan untuk mengabungkan usahawan bumiputera khususnya mereka yang baharu terlibat dalam bidang perniagaan.
“Koperasi ini digarap sebagai wadah perkongsian kepakaran, ilmu, latihan serta aktiviti berkaitan dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli dan masyarakat setempat.
“Kuwanis memberi bantuan dalam perjalanan dan pengurusan aktiviti perkhidmatan, pengguna, pertanian dan pembinaan kepada anggota mahupun yang sudah beroperasi,”.
“Menyediakan platfom untuk anggota berkongsi ilmu dan pengetahuan antara satu sama lain berkaitan fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh KUWANIS,”.
“ Mempersiapkan anggota dengan ilmu berkaitan dengan aktiviti didalam fungsi-fungsi yang berkaitan seperti menganjurkan program kemahiran dan lain-lain; serta; Membantu anggota dari segi ekonomi dan kebajikan,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Borneo Digest.
Mohd Redzuan mengajak usahawan di negeri ini untuk bergabung dengan Kuwanis, apa yang beliau sifatkan tindakan terbaik untuk bersaing pada era dunia tanpa sempedan.
“Hasrat Kuwanis ialah bersama maju melalui perkongsian ilmu dengan usahawan-usahawan di negeri ini,” jelasnya dan menambah, kesatuan satu kekuatan untuk bersaing dengan cabaran global. – Oleh: EKOK AMIN