Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lakukan aksi sembur api, janggut ahli silap mata terbakar di Jawa Timur

0

MADIUN: Seorang ahli silap mata yang terkenal dengan aksi berbahaya, Limbad mengalami detik cemas selepas janggutnya terbakar sewaktu dia melakukan persembahan di Madiun, Jawa Timur, Indonesia.

Janggut yang menjadi satu daripada identiti Limbad yang juga seorang pelakon itu, terbakar sewaktu ahli silap mata tersebut membuat aksi sembur api.

Video api menyambar janggut Limbad telah menjadi viral di media sosial, lapor Detik.com.

Persembahan itu menyaksikan Limbad membuat aksi berbahaya tersebut tanpa memakai baju dan hanya mengenakan seluar panjang hitam.

Sewaktu pembantunya menghulurkan obor, api tiba-tiba menyambar wajah dan janggutnya.

Insiden itu menyaksikan Limbad terkejut dan berusaha memadamkan api pada janggutnya.

Susulan itu, pemenang Master Magician dalam acara The Master itu dikejarkan ke dua buah hospital.

Ahli silap mata berusia 51 tahun tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil bagi merawat kecederaan pada bahagian dagunya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.