Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tolak pemimpin guna agama untuk raih kuasa

0

JAKARTA: Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas merayu rakyat negara itu supaya tidak memilih pemimpin yang menggunakan agama sebagai alat politik untuk mendapatkan kuasa.

Yaqut berkata, pemimpin yang ideal mestilah mampu membawa rahmat kepada semua golongan.

Justeru, beliau meminta masyarakat tidak memilih pemimpin yang boleh memecah belahkan rakyat.

“Kita lihat sama ada calon pemimpin itu pernah menggunakan agama sebagai alat untuk kepentingannya atau tidak.

“Kalau begitu, jangan dipilih,” katanya ketika menghadiri Tablig Akbar Idul Khotmi Tabligh Nasional Thoriqoh Tijaniyah ke-231 di Pondok Pesantren Az-Zawiyah, Tanjung Anom di Garut, Jawa Barat.

Menurutnya, agama seharusnya dapat melindungi kepentingan semua rakyat dan masyarakat.

“Umat Islam diajar untuk menyebarkan Islam sebagai sebagai rahmatan lil ‘alamin, rahmat bagi alam semesta. Bukan rahmatan lil Islami, tidak,” katanya dipetik Kompas.com.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan mengesan rekod prestasi dalam menentukan pemimpin masa depan negara.

Katanya, perkara itu bertujuan memastikan negara mendapat pemimpin yang amanah dan boleh menjalankan tanggungjawab untuk kemajuan negara.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.