Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lebih 40 peratus tanah dunia degradasi

0

LONDON: Satu laporan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan kemerosotan kualiti tanah akibat perbuatan manusia semakin meningkat dengan lebih 40 peratus tanah dunia kini dikategorikan sebagai degradasi.

Malah, hampir separuh penduduk di dunia turut terjejas dengan implikasi berkenaan.

Lapor The Guardian, keupayaan negara untuk menyediakan makanan kepada populasinya semakin terancam berikutan  peningkatan kemerosotan kualiti tanah yang sebahagian besarnya berpunca daripada pengeluaran makanan.

Golongan wanita di negara-negara membangun amat terjejas kerana mereka sering tidak memperoleh hakmilik tanah yang sah dan boleh dibuang sekiranya keadaan menjadi sukar.

Tanah degradasi ditemukan di hampir seluruh dunia.

Aktiviti menanam di tanah degradasi menjadi semakin sukar apabila ia tidak dapat menampung lagi tanaman dan sumber air berkurangan.

Sebahagian besar degradasi paling ketara di negara-negara membangun namun punca utama penggunaan secara berlebihan berlaku di negara yang kaya.

Sementara itu, setiausaha eksekutif konvensyen PBB untuk menangani penggurunan, Ibrahim Thiaw berkata, degradasi tanah menjejaskan makanan, air, karbon dan biodiversiti.

“Ia turut mengurangkan KDNK dan menjejaskan kesihatan rakyat selain mengurangkan akses kepada bekalan air bersih dan memburukkan lagi kemarau,” katanya.

Katanya, pertanian moden sudah mengubah muka bumi berbanding aktiviti manusia yang lain.

“Kita perlu segera memikirkan semula sistem makanan global yang bertanggungjawab terhadap 80 peratus penebangan hutan, 70 peratus penggunaan air tawar dan satu-satunya punca kehilangan biodiversiti daratan,” katanya.

Selain itu, Thiaw juga menggesa kerajaan dan sektor swasta tampil melabur sebanyak AS$1.6 trilion (RM6.97 trilion) untuk memulihkan keadaan kira-kira satu bilion hektar tanah degradasi.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.