Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kadar Kemalangan Meningkat 20 Kes Sepanjang Tiga Bulan 2022 – DSP Nor Rafidah

Melibatkan 3 Kes Kemalangan Maut

0

Oleh: DG HENRY

DSP Nor Rafidah (kanan) mengabadikan gambar bersama wakil agensi yang turut hadir di pelancaran Op Selamat 18 di Keningau

KADAR kemalangan di daerah Keningau meningkat 20 kes atau 98 kes sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun 2022 berbanding 78 kes pada tahun 2021.

Ketua Polis Keningau Deputi Superintendent Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim memberitahu, ia melibatkan tiga kes kemalangan maut.

Ketua Polis Keningau DSP Nor Rafidah (lima kanan) bersama pasukan mengabadikan gambar kenangan

“Polis berusaha untuk mengurangkan kadar kes dan ini termasuk meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna,”.

“Ia termasuk sekatan jalan supaya pemandu ini beringat, sebab jika polis tidak ada dihadapan mereka memandu laju,” Katanya kepada media selepas melancarkan ‘Op Selamat Ke-18 Tahun 2022’ sempena sambutan kembar raya (Aidilfitri dan Kaamatan) di Keningau pada Jumaat.

Rafidah berkata, pihaknya turut menempatkan Pasukan Bergerak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekurang-kurangnya 30 titik panas (Black Spot) di seluruh daerah pedalaman sepanjang tempoh cuti perayaan.

Mengenai program yang dilancar itu, Rafidah berkata, tumpuan pasukannya ialah memastikan kelancaran pergerakan kenderaan sepanjang sambutan dua perayaan, disamping memastikan keselamatan harta benda penduduk terjaga sepaninggalan bercuti di kampung halaman.

“Arahan kesiapsiagaan pasukan telah dibuat untuk tugasan penguatkuasaan,” Tambahnya.

Op Selamat ke – 18 Tahun 2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Penguatkuasaan Lalu Lintas Ibu Pejabat Polis Keningau turut disertai oleh beberapa agensi Persekutuan dan Negeri di daerah itu.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.