Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Khairul Nizaem sampaikan sumbangan kurma kepada kakitangan SAFA

0

Oleh DG HENRY

Khairul Nizaem berbual dengan Azman dan pegawai-pegawai SAFA sebelum majlis penyerahan sumbangan itu.

PENOLONG pengurus pasukan Sabah FC, Mohd Khairul Nizaem menyampaikan sumbangan buah kurma kepada kakitangan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) sempena ramadan di pejabat persatuan itu di sini, pagi ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar.

Khairul Nizaem yang pengurus pasukan bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) mengucapkan selamat berpuasa kepada kakitangan SAFA yang mengerjakan ibadah itu dalam bulan ramadan ini.

Beliau menyampaikan sumbangan kurma itu bagi pihak Presiden SAFA, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Majlis Tertinggi SAFA, Mustapha Tuah, Setiausaha Eksekutif, David Wisom dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Lokman Sunggim.

Khairul Nizaem kemudian mengadakan mesyuarat dengan pegawai dan jurulatih skuad SUKMA bagi persiapan menghadapi kejohanan tersebut.

Sukan Malaysia kali ke-20 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada September ini selepas ditangguhkan dua tahun sebelum ini.

Sukan itu sepatutnya diadakan di Johor pada Julai 2020 namun ia terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.