Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Haidar akhirnya meninggal dunia, ikut Rayan ke syurga

0

KABUL: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 10 meter di perkampungan Afghanistan, sejak Selasa lalu, akhirnya meninggal dunia.

Lapor BBC, pasukan penyelamat menarik keluar Haidar dari perigi petang tadi selepas operasi menyelamatkannya dijalankan sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu tidak memberi tindak balas dan tidak bernafas ketika ditarik keluar dari telaga tersebut.

Haidar dilaporkan terjatuh ke dalam perigi yang berkedalaman 25 meter itu di sebuah perkampungan di Shokok, wilayah Zabul.

Sebelum ini, bapa Haidar berusaha mengeluarkan anaknya yang tersepit di dinding perigi namun masih mampu menggerakkan kaki serta tangannya.

“Jangan menangis Haidar, ayah tahu kamu takut, jangan risau, teruskan bercakap dengan ayah,” pujuk bapanya.

Tangisan kanak-kanak itu sayup kedengaran ketika bercakap dengan bapanya di dalam perigi tersebut.

Rakaman perbualan tersebut diperoleh pasukan penyelamat selepas menurunkan kamera ke dalam perigi.

Pada mulanya, Haidar terjatuh sehingga dasar perigi sebelum berjaya ditarik sehingga kedalaman 10 meter sebelum tersangkut.

“Dengan dukacita ingin dimaklumkan Haidar sudah meninggalkan kita semua,” kata penasihat Kementerian Dalam Negeri, Anas Haqqani.

Terdahulu, pasukan keselamatan berusaha menurunkan makanan dan minuman kepada Haidar, selain ambulans, tabung oksigen dan kelengkapan lain turut disediakan di lokasi kejadian.

Operasi menyelamat itu dilakukan kira-kira dua minggu selepas insiden serupa menimpa Rayan Awram, budak lelaki berusia lima tahun yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi.

Bagaimanapun, operasi menyelamat itu berakhir tragedi apabila Rayan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

 

 299 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.