KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Pemangku Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun dan Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, 60, dilantik Timbalan Ketua Menteri kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal.
Persatuan Dusun Peribumi Pedalaman Sabah (Peribumi) menyifatkan perlantikan Madius dalam kabinet Shafie merupakan penyelamat kepada survival politik Bangsa Kadazandusun dan Murut (KDM).
“Masa yang sangat tepat untuk Madius untuk berintraksi lebih berkesan untuk membawa KDM ke haluan yang lebih jelas,”
“Bangsa ini (KDM) memerlukan seorang pemandu yang cekap … ini adalah masa yang sangat tepat untuk beliau (Madius) untuk melakukan tanpa gangguan,” jelas persatuan itu dalam satu kenyataan.
Upko pada sebelum PRU-14 bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) membentuk persefahaman dibawah piagam Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihanraya umum yang lalu, namun ketiga-tiganya memutuskan meninggalkan BN dan mencari haluan masing-masing selepas berakhirnya PRU-14.
UPKO dan PBRS memilih bersama Pakatan Harapan (PH) sementara PBS tidak bergabung dengan mana-mana pakatan.