Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Masa untuk gencatan politik – Datuk Peter

0

Oleh DG HENRY

DATUK  Peter Anthony berkata perlu gencatan politik  dilakukan di Sabah.

DATUK PETER ANTHONY

“Tidak guna kita bergaduh sesama kita sendiri di  peringkat negeri Sabah .. ahli-ahli politik perlu melakukan gencatan politik sekiranya  mereka ini ingin bersama membangunkan negeri Sabah,”.

“Adalah lebih baik kesatuan kita untuk membangunkan Sabah Maju Jaya supaya iala lebih jaya untuk dijayakan,”.

“Kalau kita lihat keputusan baru-baru ini di negeri Sarawak … rata-rata rakyat Sarawak memilih untuk menguatkan kedudukan mereka untuk platform parti-parti tempatan,” Katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Mesra Bersama Masyarakat Tionghua kawasan Sepangar di sini pada Isnin.

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu berkata, usaha membangunkan Sabah menjadi bebanan jika kestabilan politik di negeri itu sentiasa goyah.

Peter mumuji kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang tenang tetapi hasil kerjanya cemerlang.

“Ini lah Ketua Menteri yang kita perlukan,” katanya.

Di majlis itu parti KDM menerima keahlian lebih 1000 daripada masyarakat Tionghua Sepangar selain keahlian-keahlian daripada masyarakat beragama Islam.

Menjawab satu soalan, Peter berkata, beliau memberitahu partinya akan terus membina hubungan berterusan dengan rakyat di negeri ini melalui pelbagai platform.

Turut serta dalam majlis Timbalan Presiden parti KDM Datuk Juil Nuaton, Setiausaha Agung Dr. Gaim Lungkapis, Ketua Penerangan Dr. Oswald Igau, Ketua Pemuda Jumardie Lokman, Timbalan Ketua Penerangan Harris Bolos dan Ahli Majlis Tertinggi Jakrison Kilan serta para pemimpin setempat.

 

 

 

Top of Form

 

 494 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.