VAKSIN covid-19 selamat untuk diambil oleh golongan warga emas dan kumpulan rentan, kata Dr. Ganesh Kumar A/L Kanniah.
Dr. Ganesh merupan Pegawai Perubatan Yang Menjaga Klinik Kesihatan Bingkor.
“Kami sudah pun mevaksinasikan orang berpenyakit, orang yang ada masalah jantung, buah pinggang, orang yang bermasalah cancer, pernah kena covid, dan warga emas yang berumur 100 tahun dan ibu mengandung,”.
“Tidak ada reaksi yang kami terima bahawa orang-orang yang telah divaksinkan itu mengadu bermasalah selepas itu,”
“Saya percaya kalau kita boleh mevaksinkan diri kita, saya percaya kita akan kembali ke kehidupan asal ,
Dr. Ganesh berkata, vaksinasi satu-satunya kaedah berkesan untuk memerangi COVOD-19.
Sebelum ini Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM, Dr Kalaiarasu Peariasamy berkata, lebih 150 juta dos vaksin telah diambil di seluruh dunia dan tiada kesan sampingan yang teruk dilaporkan setakat ini. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA
![]()