Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Messej musang king pertama di Sabah — Ewon

0
EWON BENEDICK

TENOM (Sabah, Malaysia) – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick mencatatkan sejarah tersendiri sebagai menteri KPLB Sabah pertama mengilhamkan durian musang king, sebagai tanaman pertanian bukan komoditi untuk diterapkan sebagai sumber kekayaan baharu  Program Pembasmian Kemiskinan (PPK)  Mini Estate Sejahtera (MESEJ).

Musang king dijual dengan harga pasaran  RM80 sekilogram, atau RM100 pada harga maksimum.

Pada Isnin (10 Feb 2020), Ewon mengumumkan seluas 147 hektar (364 ekar) tanah di Kampung Angalur Kemabong sebagai tapak Mini Estate Sejahtera yang dinamakan sebagai MESSEJ Angalur Kemabong.

Ewon memberitahu media bahawa tapak Mesej Angalor itu telah dikenalpasti dan dipersetujui untuk tanaman pertanian bukan komoditi, tetapi durian  musang king sebagai tanaman fokus.

“Kita akan fikirkan tanaman lain seperti nanas dan lain-lain yang difikirkan sesuai,” katanya dalam satu kenyataan media.

Projek mesej adalah dibawah program pembasmian kemiskinan KPLB Sabah dan setakat ini sebanyak 52 buah Mesej dibangunkan di seluruh Sabah yang kebanyakannya ditanam dengan tanaman komoditi Kelapa Sawit dan Getah.

“Kita telah membuat tinjauan tapak Mesej yang kita kenalpasti dan dipersetujui untuk adakan mesej pertanian bukan komoditi untuk para peserta yang akan dikenalpasti kelak.

Ewon (tiga kiri) menunjukkan kepada media lakaran tapak pembangunan Messej Angalur Kemabong yang merupakan messej ke-53 di Sabah

“Ini merupakan pembangunan mesej baru yang pertama sejak saya menerajui KPLB Sabah dan yang pertama tidak melibatkan tanaman komoditi kerana selama ini mesej-mesej sedia ada ditanam dengan kelapa sawit dan getah,” katanya.

Durian musang king sumber kekayaan baharu

Ewon yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berharap, kerja-kerja pembersihan kawasan Mesej itu akan bermula pada April, sementara  penanaman benih dijangka bermula sebaik kerja-kerja penyelanggaraan tapak selesai.

“Bagi fasa pertama, kita bercadang membangunkan kawasan ini kurang daripada 40 hakter ekar dengan mengambil kira keadaan tanah yang berbukit dan curam. Kita akan melaksanakannya secara berfasa.

“Apabila proses pembersihan kawasan Mesej Angalor sudah selesai, kita akan menjemput Ketua Menteri (Datuk Mohd Shafie Apdal) untuk melancarkan penanaman bukan komoditi di sini,” katanya.

Ewon berkata, beliau telah mengarahkan pembentukan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Tenom serta pihak-pihak berkepentingan untuk menyelaras pembangunan messej itu.

Katanya, tugas jawatankuasa itu antara lain mengenal pasti keluasan tanah yang boleh ditanam dan memuktamadkan pemilihan peserta.

“Pada dasarnya, kita telah bersetuju untuk memberi keutamaan kepada penduduk Kampung Batu dan Kampung Angalor yang pernah mengusahakan kawasan tanah di kawasan ini dan tersenarai dalam e-kasih sebagai peserta Mesej,” katanya dan berharap program ini dapat mengubah nasib penduduk di dua buah kampung itu.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.