KENINGAU (Sabah, Malaysia) – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, hari ini menyerahkan sebuah Van berkapasiti 18 penumpang sebagai pengangkutan pelajar-pelajar dikalangan anak-anak peserta Mini Estate Sejahtera (Messej) Bunang.
Menterinya Datuk Ewon Benedick memberitahu, kenderaan pelbagai guna itu merupakan yang kedua bagi tujuan sebagai kemudahan pengangkutan kepada pelajar-pelajar berulang-alik ke sekolah.
“Van yang kedua ini telah saya janjikan kepada penghuni di sini (Messej) Bunang 2 semasa majlis berbuka puasa tahun yang lalu,”katanya, dan menambah ia merupakan tambahan kepada kenderaan pertama yang telah dibekalkan pada sebelum ini.
Ewon memberitahu bahawa keperluan kenderaan itu sangat mendesak memandangkan pertambahan pelajar dikalangan anak-anak peserta dipusat itu.
“Kenderaan ini juga sangat penting kepada peserta untuk pelbagai aktiviti di hujung minggu,” katanya.
Van sekolah itu diserahkan kepada Lembaga Tanah Negeri Sabah (LKTNS) sebagai penyelaras dan pemaju Messej Bunang.

Ewon yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedamaian mahu supaya kemudahan itu digunakan dengan sebaiknya.
Beliau menambah bahawa akses jalanraya ke Messej Bunang 2 juga telah dinaiktaraf.
Menteri itu turut mengumumkan bahawa Messej Labang di Sepulut turut dibekalkan dengan sebuah van dalam tempoh terdekat.
Pegawai Daerah Keningau Hasan Mahali ketika menyampaikan ucapan pendulum berkata, MESEJ Bunang adalah yang terbaik di negeri di mana peserta bagi MESEJ Bunang 1 boleh mencapai pendapatan sehingga RM1,700 dan MESEJ Bunang 2 kini boleh mencapai melebihi RM1,000.
Hasan menggesa ibu bapa agar memberi keutamaan terhadap pendidikan anak-anak bagi menjamin masa depan mereka.
![]()