KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia) – Pembasmian kemiskinan dapat diatasi secara menyeluruh di negeri ini menerusi transformasi pertanian dengan menggalakkan petani menggunakan kaedah pertanian moden, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Sabah Dr. Daud Yusof.
“Sudah sampai masa untuk perubahan itu (kaedah pertanian moden),” katanya dan menambah golongan petani perlu berani dan kreatif untuk berhadapan dengan kaedah-kaedah terkini dalam bidang pertanian.
Dr. Daud berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Graduasi Kali Ke-4 Royal Institution Academy di sini.
Kursus selama lima hari itu turut melibatkan seramai 15 orang peserta daripada Program Azam e-kasih.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut itu turut menasihatkan golongan petani di negeri ini supaya sentiasa peka dengan perkembangan semasa mengenai bidang pertanian dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih menguntungkan.
“Kita tidak bercakap bahawa pertanian konvensional tidak baik, tetapi apa yang kita fokuskan ialah membawa petani kepada industri yang boleh menjamin keuntungan yang lebih besar,”
“Contohnya, penanaman buah-buahan seperti durian musang king, buah lemak dan sebagainya yang pulangannya jauh lebih tinggi,”
“ .. Begitu juga padi, penggunaan mesin pembajak, penuai, veariti padi berkualiti serta sistem pengairan terkini adlah pakej pertanian padi yang disyorkan,” katanya.
Menjawab satu soalan, Dr. Daud berkata, Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 akan memberi fokus dalam menangani isu produktiviti, kos pengeluaran serta kebergantungan tenaga buruh.
Katanya dasar itu merangkumi usaha memodenkan sector pertanian sejajar dengan perkembangan tekonologi dan Revolusi Industri 4.0.
“Tumpuan penggunaan teknologi dan aplikasi dalam sector DAN 2.0 mengambil kira integrasi teknologi pertanian moden,” katanya.